Thursday, December 16, 2010

Temuduga SPA

Hari ini ada interview kat Putrajaya. Jawatannya Pembantu Tadbir N17 bawah SPA. Seram sejuk jugak tau walaupun masuk yang ini da 4 kali interview. Harap2 dapat la yer. InsyaAllah kalau ada rezeki. Alhamdulillah takde la lama sangat tunggu. Bila masuk dalam tu, macam biasa la, sila kenalkan diri. Apalagi dengan panjang lebar nya aku bagitau, dari hal diri sendiri, mak bapak, suami dan hal sekolah. Yang kelakarnya, dari sekolah rendah sampailah ke universiti di Shah Alam sahaja. Hehehe...

Alhamdulilah, takde soalan yang sukar untuk di jawap, cuma lupa nak tgk nama ketua pengarah KKR!!! Hahahaha!! Tak terfikir langsung nak tgk, so dia gelakkan saya la, tak tau, dahla kerja di JKR. Adushh!!! Mintak2la dia tak ambik pot sangat huhu.. Yang lain, dia tanya tugasan2 N17, nama menteri kerja raya, dan soalan umum pendapat kita mengenai barangan buatan malaysia.Hentam sajalah labu.. asalkan jawapannya tu relevan dan yakin!

Friday, December 10, 2010

Cerita lama yang terakhir.

Ni gambar-gambar Haziq masa umur 2 hingga 4 bulan yang sempat di ambil. Maaf yer sayang, mama tak sempat nak upload gambar sayang dan update blog untuk sayang kat sini.





Ni la anak mama, Lebai Haziq. Hehe...



Masa ni Haziq umur 2 bulan lebih. Dia senyum masa tido. Tengah mengigau la ni. Macam abangnye jugak.



Masa ni Haziq masih lagi 2 bulan lebih kot. Semangat dia masa ni. Memang sebulan dia naik 2 kg pun. Terkezut gak. Takpela, anak mama sihat kan..



Masa ni Haziq genap 4 bulan! Dia da boleh golek2. Huhu..



Sedap nye anak mama nyonyot tgn dia. Masa ni, mama dia baru potong rambut dia. Kalau tak panjang sgt. Rimas nye. Macam ni baru la hensem. Hehe..

Muka abang pun nak selit gak ar... Abang botak!



Tak plan pun nak botak kan rambut nya ni. Selalu pendek kat tepi jer. Hari tu orang tu kasi mesin semua rambut dia. Dah jadi gondol ni ha. Tak suka la! Muka macam budak nakal jer.. ( Macam la tak nakal hehe.. )

Boring pulak citer benda2 lama ni kan. Macam da basi jer. Orang nak yang terkini. Kihkih.. Okla ni last citer yang backdated.

Friday, December 3, 2010

Haziq Sebulan

Sebelum tu, nak citer skit pasal Haziq kena demam kuning yang tinggi. Masa kena ni, Haziq baru 5 hari kot. Macam tu la. Masa nurse klinik desa puncak alam, suh pi klinik kesihatan meru. Abah nye keje masa tu. Malam tu pi la klinik belakang jer. Result nye dapat besoknya.

Pastu besoknye, result darah tu adalah dalam 200 lebih jer. so takde la kritikal sangat. Tapi masa nurse tengok kuningnya nak dekat sampai kaki. Nurse cakap.."Kena pi klinik kesihatan jugak ni.." Telefon la abah, bawak pi Haziq ke Klinik Kesihatan Meru. Sampai je kat sana, nurse ambik darah. And resultnya... Emergency!!!!! Kena pi Hospital sekarang jugak!!! Dah jadi 400 lebih!!! ADDDuhhhh!!! Pergila hospital yang terdekat, Hospital Klang!! Argghh!! Tak pernah pi hospital ini, terpaksalah demi menyelamatkan anak ku.

Sampai kat sana nurse ambik darah lagi. Nak tahu, darah nya dah jadi 589 hampir 600!!! Haziq KENA TUKAR DARAH!! Amat menakutkan detik tu, kena tukar darah?? Darah saper?? Doktor cakap darah kat hospital tu. Ha??!! Darah saper tu?? Macam2 bermain di fikiran, air mata tok sah cakap la, mengalir macam sungai klang!! Anak aku nak kena operate!! Kesiannya anak sekecil tu, kena menghadapi keadaan begini!! Hampir pukul 7 petang masa tu, lepas dapat darah, diorang terus operate Haziq. Diorang bagitau dulu procedure nya and bla bla... Tak kisah la. Asalkan anak aku selamat. Sepanjang operate, kesian tengok Haziq menangis jer, mana tak nye mestila sakit. Tak sampai hati nak tengok, dok tepi tu, menangis jer sampai mata bengkak!! Tu la, takut sangat anak masuk wad la, sekarang ni, dah sampai kena tukar darah la. Doktor cakap kalau tak tukar darah masa tu, darah kuning tu akan masuk ke kepala dan urat saraf akan rosak. Mungkin akan menyebabkan kekejangan dan macam2 la. Tak leh nak cakap. Takuuutt...

Habis operate dalam pukul 10 malam lebih. Doktor suruh balik dulu, sebab masa tu dia tak leh minum ape2 lagi. sampai besok. Kesian nya lepas operate tu. Sedu2 dia.. dengan pusat dia kena potong. EE... Tak leh citer la..

Besoknya dalam pukul 3 pagi lebih, nurse telefon kata tak turun lagi. Ibu kena bagi darah sikit. Dengan misat2 nya pi la hospital pukul 4 pagi tu. Dengan kain batik pi sana. Lantak la. Sepanjang jalan dalam hati tak henti2 zikir. Doakan Haziq selamat. Sampai kat sana. Nurse check balik, darahnya da ada turun dan tak bahaya lagi. Leggaaa....... Tapi ambil juga darah untuk stand by. Dugaan.. dugaan..



Gambar ni masa dalam hospital Klang tu. Haziq kena tahan dalam tu lebih kurang 6 hari jugak. 3 hari jugak mamanya tido sana sekali. Walaupun ngeri nak tido kat sana tu. Terpaksala.. demi anak. Alhamdulillah, semua da pulih seperti sedia kala. Masa ni Haziq tengah tutup telinga sebab anak orang sebelah tu asyik nangis jer. Huhu.. Tengok tangan dia, bengkak2 kena cucuk dengan doktor.



Amboi anak aku, sebulan pun tido tanpa dibedung! Huhu.. Mana tak melasak tidonye sama ngan abang sekang ni.



Masa ambik gambar ni, mertua kat kampung nak tengok gambar nya. Pakai web cam kat laptop jer. Hehe..

Tuesday, November 30, 2010

Selepas Hakimi Jadi Abang.

Adala Teman untuk meraging dikala kelapangan..




Adalah Teman Tido nye... Walaupun adiknya menjadi bantal peluk.. huhu



Saper Encem.. ??? Hehehe.. Anak2 mama dua2 encem la.. Tengok mama dia ar.. kihkih.

Selepas Bersalin..

Selepas bersalin tu, kol 12 tengah malam baru naik wad 5E balik. Kesian abang tunggu lama giler. Sori bang, bukan salah mama tau. doktor tu jahit lama giler. Ha! Nak citer skit masa dia jahit tu, peh.. bius dia kat dalam jer. Kat luar tu tak bius beb. Terasa la kulit2 kena jahit tu, ngilu,geli,sakit semua ada. Si Haziq da melalak kat luar tu. Kena mandi. Lepas mandi tu, diorang bagi letak kat sebelah. Dia da penat da, tido sambil sedu2 pasal nangis tadi. Hehe.. Sian anak mama. Lepas da masuk wad tu, Haziq pun kat dalam tempat baby. Haziq masa tu, boleh tahan la kuat nangis nye. Tak macam abang nye, keluar diam jer. Tapi nasib baik la normal. Boleh la gerak2. Letak kan dia kat sebelah, sambil bagi susu badan kat dia. Tapi dia tersedar2, pasal sedu2 dia tak hbs lagi. Dalam kol 2 pagi gitu, saya dah pi bilik air sendiri, tukar pad. Tak selesa betul pakai pad hospital ni. Rasa tak terurus. Walaupun rasa nak pitam ( sebab kuar darah banyak )perlahan-lahan la jalan. Selesaila jugak, walaupun darah menitik2 dekat katil tu. Lepas tu, boleh la tido dengan baby kat sebelah. Abah nye pun dah balik, sebab tak leh lama kat situ, dah pukul 1 pagi kan. Malam tu, Haziq tak dapat tido lena lagi. Masih terkejut2. Alhamdullilah. Nasib baik dia pandai hisap susu. Ada orang cakap, ada budak yang tak reti nak hisap susu terus kan.

Besok nye ( 10hb Julai 2010 ), hari Sabtu. Abah nak datang dengan mak dan ayah. Konfem je boleh balik hari tu. Pagi tu doktor check, kalau takde masalah, dah boleh balik. Kena siapkan dokumen dan check ape2 la lagi.Pagi tu, nurse mandikan Haziq. Lepas tu, dia tido dengan lena nya. Sebab semalaman tak tido kot. Lepas mandi lak tu.


Tengokla, sedap btol dia tido, sampai ternganga mulutnye. Huhu...

Mamanye perut da lapar. Thari tu ada ke diorang bagi lauk telur rebus sambal. Giler hapo!! Memang tak la makan. Kena la tunggu abah datang untuk menapau makan ape yang patut. Nasib baik ada biskut masa tu. Masa tunggu tu, doktor check 'bawah' tu lagi sekali. Siap tekan2 lagi, nak tengok jahitan kot. Siap cakap, "..jahitan cantik la. Siapa yang jahit?" Sabar je la. Mana tau doktor bawah tu ape namanye. Just describe muka dia jer. Cantik ke??!! Huhu.. So far semua ok. Petang jugak la baru boleh balik. Dalam pukul 6 lebih. Dah nak maghrib da. Ntah ape2 ntah diorg ni. Lembab gilerrrzzzz!!!

Sebelum balik rumah mak, kitorang singgah umah kakak dulu. Nak ambik anak mama sorang tu. Sian dia.. Masa first jumpa dia tu. Dia buat muka Pelik. "..saper budak yang dok dengan mama aku ni?? " "Hish! Kenapa tak boleh duduk dengan mama ni??!! " Mungkin itula, dalam fikiran dia kot. Dah la kena tinggalkan seminggu, balik2, ada adik ??? Bermulalah episod ..Hakimi yang cemburu... Hehe!!

Tuesday, October 26, 2010

Sebelum bersalin..

Peh, tahun biler punye citer ni. Tak kesah la, kalau orang tak nak baca, bagi anak2 baca la kan. Start from 4hb Julai, masuk wad, hari Ahad pukul 10 malam gitu la, siap ingat hari lagi pasal malam tu akhir mentor kat tv3. kihkih.. ( tengah tengok tu la ). Masuk dalam bilik air, da kuar tanda lendir campur darah. Tapi sakit takde lagi pun. Pergi la hospital Serdang malam tu jugak. Takutla kalau sakit betul2 kang, dah la dok tingkat 4. saper lak nak hangkut turun pulak kang. ( mestilah my hubby kan.. hehe). Masuklah kat dewan bersalin tu. Doktor check bawah tu, da buka dalam 4 cm kot. Doktor da cakap da, kena tahan wad ni, takleh balik. Nasib baik da siap2 baju. Hakimi da hantar pi rumah kakak kat Puchong. ( sori, my dear.. ) Sebelum naik wad, adalah 2 doktor pelatih ni. Punyela sakitnya hati pasal dia cucuk2 nak ambik darah tapi darah tak keluar!!!! Lebih 5 enjek!!! Dia ingat tangan aku, tangan kucing ke??? kalau kucing pun tau sakit la! Sengal giler. ( Memang ramai yang kena pun, masa tu.. ) Nasib kiterla dapat doktor pelatih sengal masa tu. Akhirnya suruh doktor yang pakar jugak settlekan. Selamat... Pastu hantar la pi kat wad 5E dalam pukul 3 pagi gak. Kesian abg tunggu kat luar lama dan sejuk.

5hb Julai 2010 ( Isnin )
Pukul 4 pagi lebih, nurse kat situ da kejutkan untuk check kat bawah lagi. Masih tak berubah lagi. Memangla, baru je la check!! Pastu tido la balik dalam kol 6 pagi lebih, mata da ngantuk dan lapar. Hari pertama tu, takde ape2 yang menarik ar, just berkenalan dengan orang2 situ. Kebosanan bermula disini.....

6hb Julai 2010 ( Selasa )
Macam biasala pagi2 da kena pi check. Yang peliknye, bukaan makin kecik. da jadi 3 cm. Pelik gak, ingatkan mungkin disebabkan doktor tu check lain ke, tapi tak kot, pasal ada orang cakap, boleh je jadi camtu.. 'dia' boleh kecik balik, ntahla....

7hb Julai 2010 ( Rabu )
Pagi tu check macam biasa.. Turun lagi, jadi 2 cm. Doktor pun letak pil induce kat bawah tu. Dia kata sebiji setengah dia masuk kan. Tapi tak rasa ape pun. Tak rasa sakit, takde tanda pe2, relax je la.. Orang lain semua pelik. Selalu nya kalau da letak tu, mesti sakit. Mungkin doktor tu salah letak kot.. Petang tu check balik, Takde perubahan pe2. Tak buka lagi. Aduh! Hati da cuak takut kena operate lagi. Masa tu koling2 abang. Abang siap bawakan air zam2 2 botol dengan air selusuh untuk senang beranak la konon. Hehe.. Cuba la. Usaha dan tawakal kan.

8hb Julai 2010 ( Khamis )
Pagi tu doktor check masih buka 2cm. Tapi Diorang da suruh pi wad bersalin. Sebenarnya diorang da suh turun dewan bersalin dari hari isnin hari tu lagi. Pasal diorg risau baby tak gerak sangat. Alhamdulillah takde pe2.. Masa kat dewan bersalin tu. Ada doktor lain pulak check bawah tu. Diorg rasa tak buka dan masih tebal lagi kat rahim tu. Lama gak la dalam tu, dari pagi sampai petang kol 4-5 la gitu. Diorg bincang2, naik wad balik. Hahahaha.. kelakar pun ada. Member2 dalam wad tu semua da terkezut. Ingat ada lagi kawan kecik baru.. hehehe, anak aku la tu. Kihkih.. Harapan keciwa... Perut da lapar. Apa lagi makan dan tidur... Malam tu pasang yasin letak kat perut. Berzikir banyak2 supaya senang baby keluar dengan selamatnya.

9hb Julai 2010 ( Jumaat )
Hari ni abang da stat keje. Sebab tak leh cuti lama2, pasal tunggu beranak, tak beranak2.. kihkih. Lepas sembahyang jumaat tu. Abang kol, abg cakap abg da on de way ke hospital. Dalam hati melonjak la!! Yeh!Yeh! abang datang!! Hehe.. ( EEE...Gedikzz sungguh.. )Yelah, boring giler tau jika tiada org menemani. Lagi2 tiada orang yang tersayang.. ( Orang pun da bosan nak teman da, pasal lama sgt kt hospital tu! ) Abang siap beli air zam-zam lagi. Kihkih.. ( Mesti dalam hati abang, apsal ssh sangat bini aku ni nak beranak, orang lain senang jer.. ) Tak lama lepas tu, datang la nurse ni. nak masuk air kat bun**t, tuk senang berak sebab kena pi dewan bersalin!!! aaaRGGGHHHHH!!!! Terkejut pulak pasal tetiba jer! Abang pun terus tak balik keje, kol tempat keje kata bini nak beranak ( Dalam hati, harap2 kali ni jadi tau! ) Lama gak tunggu sampai kol 4 lebih baru masuk dewan bersalin.. Masuk jer doktor pelatih check bawah, kata da 7 cm buka! Ha!!!! Biar betul, patut la sakitnye pinggang ni dari malam tadi. Masa tu contraction da 5 minit berdenyut2, sakitnya tuhan jer yang tahu..!! Sakitnya!! Check lagi, da 9 cm...! Wah!! lagi ar sakit!!! Dalam pukul 8 malam Complete 10 cm!! Doktor tak kasi teran sangat, tapi sakitla wei!! Mana leh tak teran!! Lepas tu.. diorg ready angkat kaki, letak kat tiang kaki tu, pastu 3 orang suh push..push!!! Doktor tu cakap push tak betul! Dia kata kena macam sembelit! Eee.. masa tu! mana nak pk berak sembelit cam ner!! Aduh sakit!!! Teran punye teran... tak boleh jugak. Nurse da makin ramai kat bilik tu. Memberi kata2 semangat.!! Dan suamiku di sisiku!! Ooo.. tu yang best! Sama2 bagi kata semangat la konon. Bila sakit jer teran.. Doktor cakap sikit lagi, dalam seinci lagi. Kepala baby da nampak. Dengan doktor dan nurse yang lebih dari 5 orang tu. Sama2 jerit PUSH! PUSH! tapi masih keciwa.. Apabila nafas tak cukup teran. Jantung baby da berdenyut perlahan dan makin lemah. Apa lagi kena pertolongan kecemasan la.. VAKUM!!! kahkah.. buat la asalkan anak aku keluar. Tapi husband kena kuarla, kalo da pakai benda alah tu. Hehe.. Sori sayang! Dengan 2x push! baby pun keluar.... nurse tu pun letak baby kat perut terus. Tak nangis lagi tu. Saya pun peluk baby dengan rasa gembira dan syukur!! Alhamdulillah!! Berjaya bersalin normal ( walaupun vakum... Kihkih...!! ) Dalam pukul 9.45 malam lahirlah MUHAMMAD QALIF HAZIQ!

Thursday, October 21, 2010

Sudah lamanya tak update!!

Da berapa lama ek agak2 tak update blog ni. Adalah dalam 4 bulan lebih kot.. huhu. Yelah, dari mengandung sampai Haziq da 3 bulan lebih da. Nanti saya upload gambar anak2 ku yang terkini ek. Kalau nak cerita banyak la. Tak tau nak stat dari mana. Nak cerita dari sebelum bersalin... mmmm.......... k kot. Tapi nanti la. hahahaha.... Memerlukan ketenangan bila nak bercerita ni. baru best. Sekang kat opis. So kena wat keje k... keje yang melimpah ruah selepas balik pantang ni. Aduyai... mungkin terasa ke'bz'an tu pasal sibuk mengepam jugak kot. Hehehe... Ok la yer. to be continue... Wasalam.

Thursday, June 24, 2010

Sudah 37 Minggu..!!

Cepat nye masa berlalu... sudah 37 minggu usia kandungan ku!! Macam2 perasaan ada, tak sabar, gembira, takut, suspended.. walaupun ni anak yang kedua ok! hahaha!! Semoga saya selamat bersalin normal kali ni. Amin.. Yang pasti, pantang kali ni, don play2 ok.. Must be seriuuuuussss!! have to!! huhu.. ( semoga iman ku kuat hendakNye.. hehe )
Dah nak dekat bersalin ni, malas nye nak buat check up, bukan ape. Nak wat BSP tu. Ujian kencing manis tu. Aduyai..!! Tension jadinye.. Ni ada la nanti kena darah tinggi lak ni. Geram tul la.. Lagi la nak jumpa nurse2 kat KK sek 7 tu. Buat kenan anak aku jer.. Eee.. mintak simpang ar!
Masa anak fes, pi Check up kat klinik swasta. Takde la terasa sangat seksanya. Ingatkan nak buat buku jer pun. Mulut ni gatai kata ada family kena kencing manis. Dah diorg suh minum air gula la yang sangat tak sedap tu! Kantoi lak.. masa 7 bulan hari tu, tinggi lak bacaan darah tu. Nak salah kan sape, makan tak jaga. Pi melantak air gas la, ais krim la.. hahaha! Padan muka aku! Tapi bukan tinggi sangat bacaan tu pun, tapi yang pasti lepas ni, kalau ada rezki mengandung lagi, kenala melantak air gula tu lagi, kalau pi check up kat klinik kesihatan tu. Nak wat cm ner pun, nak bersalin kat hospital kerajaan pun. layannzzzzz jer la.
Kali ni, tak leh nak upload lagi gambar Kimi yang terbaru dan gambar lain2 lagi. Nanti2 la yer. Sekang ni, Kimi rajin nak baca buku. Dia suka tengok gambar2 binatang ni. Bagus la tu. Sejuk sikit perut mama ni. Jangan da besar malas lak nak menghadap buku ye nak. Da faham la sikit2 cakap orang. Biler orang suh simpan barang, dia letak barang tu kat tempat nye. Bila orang suruh buang, dia buang kat tong sampah. Sekarang pun da pandai menari. Bila dengar muzik, dia punye lengok, goyang buntut nye memang tak hingat! nanti nak upload video kat sini dia menari tak hingat tu dengan tolong abah nye memasak kat dapur. Hahaha... Dia belajar menumbuk bawang. Dengan serius lak tu. Kata orang, bila anak tu nak buat sesuatu, kena biarkan selagi tak bahaya kan diri dia kan. Sebab masa tu la dia belajar. Nasib baik tak terpercik air bawang tu, kat mata.. huhu. Good boy anak mama ni. I luv u son!!

Tuesday, June 15, 2010

Menunggu hari...

Salam. Sekarang da sampai masa menunggu hari, detik dan masa untuk bersalin. Huhu.. macam2 perasaan ada. Walaupun da masuk 2. Yelah.. setiap masa bersalin tu kan berbeza2 keadaan nya. Harap2 kali ni Allah permudahkan perjalanan hambanya ini untuk bersalin. Dan harap2 dapat bersalin normal. Amin..
Hari Jumaat dengan semalam kena jaga Kimi sebab Taskanya cuti. Hari Jumaat tu ok la.. boleh maintainla jaga dia. Tapi semalam, aduyai, bleh gugur jantung, hati, peparu dengan dia tu. Semakin menunggu hari ni, semakin banyak pe'el dia yang luar biasa. Sabar je la. Kesian jugak dia kena marah2 tapi degil nye... macam la mama dia. hahahaha! Nak marah pun susah, tak marah lagi susah. Mungkin itu ujian kan. Sabar je lah.. Harap2 adik dia da keluar, dia akan pandai sesuai kan diri nanti. Harap2 la..!!!
Hari ni baru masuk keje. Tengok atas meja penuh da. Macam mane nak cuti 2 bulan ni. Menggunung kot surat2 tu...Apa2 aje la.

Thursday, June 3, 2010

Nak demam la plak..!

Hari ni badan macam tak sihat, nak demam, kalo tau nak jadi cam nie, baik mc jer tadi.. macam tak larat jer. Kelmarin da dapat peti ais baru. Nanti ar upload gambar kat sini. Tak besar mane pun. Bayar 3 kali lak tu. huhu.. tak mampu nak beli cash. Tapi yang kelakar nye, target beli yang biasa2 la, bajet dalam 5 rat. da pi kedai tu, abah berkenan dengan 2 pintu tu. dalam 1k harga nyer. Tapi ok gakla. Peti ais satu pintu pun, dalam 8 rat. alang2 je kan. Nasib baik la, time ni ada ongkos nye skit. Rezki anak..
Barang2 baby still tak packing lagi. perut ni pun kjp2 keras lak. Macam nak dkt jer. Macam la.. tapi nak buat relax jer. Masa anak fes hr tu, tak sabar nak bersalin sangat, sampai serah diri kat hospital. Ada plak darah tinggi masa tu, kena tahan wad sampai 5 hari.. hahahaha!! Padan Muka aku!
Nak cerita skit pasal Hakimi ni. Sekarang ni dia da faham bila orang cakap simpan kat mane.. Buang kat mane.. Nanti dia bawak lah mainan dia simpan kat bakul, sampah buang kat tong sampah. Fuhh.. sejuk perut mama. Tapi meragam dia buat perut mama panas balik. Memang tak hingat!! Kena banyak sabar je lah.. Harap2 ada adik nanti, kurang la skit mengada2 nye tu. Ok ar citer buat kali ni.. nanti update lagi k.. Byeee!!!

Tuesday, June 1, 2010

Dah 8 bulan...

Sekarang ni, Baby dalam perut da 33 minggu sama dengan 8 bulan 1 minggu. Sangat tak larat nak jalan2 da. Tapi larat lagi jalan2 kat jusco, tesco, alam sentral.. hahahaha!! Barang2 baby semua da ada so far. tapi tak simpan dalam beg lagi. mane la tau, baby nak kuar awal ke kan. kena la ready. Plan nye nak ready malam ni, tengokla.. Abah asyik ot jer, balik da malam. Dah la jumpa Kimi pun sekejap jer. Balik dari taska da kol 7 malam. Pastu suh dia tido pukul 10 malam. Berapa jam je jumpa dia, main ngan dia. Ish2.. sian dia. Takpela, kalau ada rezki lebih, mama keje kat rumah jer. Boleh jaga Kimi dengan adik kan. Leh jimat pun dari hantar taska. Tapi keje apa dari rumah yer.. hehehe. Kena pikir gak tu. Fening..fening..
Nak cerita la skit pasal perkahwinan sepupu yang tak jadi tu. Kesian dia. Harap dia tabah dan dapat jodoh yang baik dimasa akan datang. Tapi terfikir jugak, sangup lelaki itu buat macam tu. Langsung tidak bertanggungjawab!!! Satu hari nanti, orang mainkan perasaan dia pulak. EE... geram rasanye. Selalu baca kat surat kabar pasal orang lain, ni kena sedara sendiri menjadi mangsa. Nauzubillah...
Hari tu abah belikan laptop. Hehehe.. Best gak. Tapi kena la jaga baik2 kalau nak umurnya panjangkan. Malam tadi peti ais pulak buat hal. Gas dia bocor. So tak leh pakai la.. Mesti da busuk barang dalam tu. Aduhai.. ada je benda yang tak dirancang terjadi. Biasala kan.. Tu kena ar beli baru tu. Habis tu, nak letak mana barang2 dapur tu.K ar nanti sambung lagi k...

Friday, May 21, 2010

Aduyai... Ini bukan cobaan! Ini betul2!!!

Mana tak nye.. Macam tak caya jer, las check up hari isnin hari tu, baru tau ada kencing manis??!! hahaha.. Padan muka aku! Tu la, makan tak hingat!! Tapi tak de la teruk sangat kot, boleh dikawal lagi ar.. Yang pasti, setiap minggu kena hadap klinik kesihatan Sek 7 tu! Arggh... Bohsannyeeee..
Takpela, demi kesihatan baby. Layan jer la.. Harap2 baby dan mama sihat ek, hendakNye! Dan harap2 sangat dapat bersalin normal. Tapi kalau gini la result nye, macam tipis je harapan untuk bersalin normal. Tawakal je la.. Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahuikan. Dia tau la tahap kemampuan hambanye ni. Dah lama tak citer hal ehwal Anakku bujang sorang tu, Hakimi ler.. Sekarang ni, da makin mengada2. Bak kata pepatah mengada2 melampau! kalau hangin dia tak baik, mengengek je la keje nye, penat la. Dah la perut macam ni. Ada abahnye takpela, kalau macam besok abahnye keje. Aduyai..
Tapi dia la penghibur hati lara mama. Sekarang ni, menari je keje nye. Pantang dengar bunyi. Dah pandai ambil perhatian orang da. Pandai buat lawak dengan tiru muka orang besar ni. Geram tengok nye... Geram2 sayang.. huhu..
Sekarang ni, da 8 bulan. Perut makin besar, badan makin berat. Tu yang tak larat tu. Nak keje pun malas da.. Bukan la sajer malas, tapi tak larat la, kaki ni rasa macam di ikat dengan batu tau.

Boleh pun upload muka Kimi yang terbaru... Ini la anak mama sekarang ni, Hencem tak ?? Ha yang tengah bawak kete tu, ingatkan takut lepas kete tu berenti, rupanya tak nak turun.. ish2, jangan jadi macam abah sudah! Suka tengok racing, tengok je takpe, jangan da besar beracing2 plak. Sakit jantung mama ni ha..




Masa ni kat Tesco, main kat tempat permainan tu.. suka dia. Siap pos bila ambik gambar.

Ni la muka anak mama kalau makan coklat, harusla membuka baju terlebih dahulu. Kalau tak, selamat la.. Ok la buat masa ini. Nanti sambung k.. Ntah bila ar. Tunggguuu......... Wasalam.

Thursday, May 6, 2010

Bismillah...

Salam semua.. lama tak update blog ni. Geram sangat. Pasal da 2 kali terkena. Tulis panjang2 dia tak save!!! Geram giler ar.. nasib baik tak giler. huhu.. Tu la, tak baca bismillah dulu.. hehehe.
Banyak benda nak cerita ni. Tapi ni pakai komputer orang ni. macam tak best lak. komputer kena masuk virus!! arrrggghh... lagi buat aku tensen. Nak wat keje pun susah tau, pakai komputer orang la, kena buat kat meja orang.. tak suka!! tak suka!! Firstly nak citer pasal Kimi la. Nak masuk gambar pun, tak de card reader. Nanti2 la ek... Sekarang Kimi, da makin,makin mengada2.. letih nak layan dia. maklum la nak dapat adik. Harap2 da dapat adik nanti, jangan la ngada2 sangat ek.. Mama letih ar. hehe.. Nasib baik abah bleh cover mama. Alamak..!! owner komputer ni da sampai la.. Okla ek. Nanti sambung lagi... dadadadadadadada.......................

Thursday, April 8, 2010

Tensen!!!

Tension tau! Da baik nye karang panjang2, tak leh display lak.. Tak leh simpan la hape la!! AAArghhhh!!! Tak nak tulis panjang2 lagi.. tension! tensen !

Friday, March 5, 2010

FB da kena blok!!

Hahahaha! FB da kena blok, baru ingat nak update blog. Lama giler tak update blog ni, hampir sebulan la.. sibuk update FB jer.. huhu. Lagipun Bz ar skit skg ni.. (Alasan..) Banyak citer terkumpul ni, nak mula dengan ape ek. Hal kimi dulu ar. Hari selasa hari tu, Kimi meragam teruk sangat. Sampai tahap da hilang sabar rasanya. Tak tau ape tak kena.. Nangis jer. pendek kata mati kutu la! Tak tau nak wat per.. Malam tu je la. Malam lain, alhamdulillah.. Sekarang ni, kimi da pandai menari setempat. Dia suka dengar lagu Halimah Jonggang tu. Gembira tul tengok muka dia.

Inilah salah satu tarian dia. Lepas tu gelak. Agak seksi disitu yer, disebabkan cuaca yang panas sekarang ni. Hehe..



Dah lama tak letak gambar2 ni. Nila gambar2 terbaru selepas setahun. Da besar la tu konon.. huhu. Handset ada problem hari tu, tu yang tak dan nak letak gambor2 dia tu.
Gambar masuk bakul tu macam biasala, kaco mama lagi nak basuh baju. duk dalam tu, diam pulak dia. Dia da mula lasak sekang ni. Biasala, budak nak membesar. Dia suka berat kan badan dia, kalo merajuk, tu yang tak larat tu.
Semalam Pi scan adik Kimi. Doktor cakap macam boboy jer. Dah nmpk anu dia. Tapi tak tau la, kadang2 mane tau, tali pusat ke kan. Tak kesah la. Asalkan anak mama sihat. Dan mama harap dapat bersalin normal kali ni.
Semalam satu hari kitorang berjalan. Walaupun tak keje, tapi tak dok rumah macam bekerja gak la. Mula2 pi klinik Tan kat Klang tu. Lepas tu, jalan2 kat Jusco. Lepas tu pi Klinik Soraya lak, check up mama. Dah la baru lepas makan mc D, minum air gas. Air kencing doktor cakap pekat. Huhu.. Abang la pi cakap, minum air gas jer. Da kena marah. Apala abang ni, cover la mama skit.. huhu. Lepas check up tu, pi Sembahyang Zohor kat Masjid Shah Alam. Saje je nak bawak Kimi kat situ. Suka dia. Kononla besar, luas.. sejuk.. siap baring2 lagi. Tak nak balik. Lepas tu kitorang pi Plaza Alam Sentral. Nak try tengok hset.. kesian kat abah, hset rosak. Akhirnya beli yang second gak. Tapi N70 la gak. Bleh tahan test laki aku ni.. Ingatkan nak beli biasa2 ajer. Takpela, asalkan abah suka..
Panjang gak citer ni ek. Ada lagi ni.. tapi sambung la nanti kot.

Friday, February 12, 2010

Hangin jer!!

Hahahaha!! dah la lama tak update blog. Buat catatan baru nak hangin pulak! kihkih... Bukan ape, benggang btol la dengan taska Kimi dengan budak baru keje tu. Tak tau la reti ke tak jaga budak tu. Bila orang cakap, tersengih-sengih.. sepak kang! dia belum tau, mama kimi ni dulu gangster kampung dusun. Mana tak nye, buntut kimi merah2 2 hari tau! bila kena tegur baru hilang. Kot2 budak tu berak dia buat dek je kot. pemalas betul! pastu badan dia beruam-ruam teruk kat belakang tu. dulu tak de pun cam tu sekali. memang nak cari penjaga budak baru ni. Tak leh jadi ni. Kang ada gak budak taska kimi ni makan tangan kang. Lagi satu, banyak tul sekang ni guna susu. Dulu kalau letak setengah tu, bleh tahan seminggu. Siap ada lebih lagi. Ni tak, 2 hari je habis.. Aduyai! tensen2..
Tu Citer pasal taska Kimi. Ni pasal second anniversary kitorang pada 10/2 hari tu. Mama punye la dari bulan lepas fikir kan nak bagi hadiah ape la, cm ner nak wat suprise la.. Sekalinye.. Abah lupa Anniversary kiter. Tp k la gak.. dia terkezut bila dapat hadiah. Pastu tersenyum lebar nye sampai ke telinga.. huhu! Anyway, sayang.. Hope u suka dengan hadiah dan kad dan cd yang mama buat tu yer..

I love u!! Muah2.. huhu!! N my son too.. I love u son..

Thursday, February 4, 2010

Boringnyer....!!

Pregnant yang kedua ni, macam moody sikit la. slalu tak puas hati dengan abah jer. jiwa kaco agaknye. Tensen la ada perasaan cam ni. Minggu depan second wedding anniversary yang ke 2. Nak buat kad sendiri ke beli jer. Ingat nak buat T-shirt ada nama kitorang ke, k la kot. kautim dengan kedai printing melalui online pun macam hampeh jer! Aduhai.. jiwa tak keruan la hari ni. Tak cukup tido pun ye jugak. malam tadi kimi tak sihat sangat. lepas bagi ubat demam yang masuk bun*** tu, pagi ni ok da. Da sihat sangat, berjalan je keje nye.. Yang pasti masa jalan mesti nak pegang benda. Ape2 ajer la. Sekang ni, Kimi da pandai salam orang, bila orang cakap duduk, dia duduk, kalo nak tido pun, suruh dia bambam, dia da baring trus da. Nak beli buku dia ni. Kimi tu macam bleh cepat blajar la jugak. Cepat faham cakap orang. Cuma sekang meragam dia boleh tahan jugak. Nasib baik la, abah yang bleh layan dia. Mama tak larat la. Sekang adik Kimi pun da 17 minggu. Badan ni makin lama, makin letih lak. Aduyai.. sabar je la. Dugaan. Semoga kontrak mama dapat sambung lagi. Kalo mama tak sambung, abah susah skit la. Tapi mama yakin abah bleh. Cuma abah ni tak konfiden jer. k la.. nanti sambung lagi. mood tak bes ar hari ni.. huhu..

Thursday, January 21, 2010

Berita Terkini!!!

Huhu.. macam gempak je tajuk berita tu. Takde pe pun, cuma lama tak update blog ni! Saje je ngisi masa terluang. Sekarang ni, umur kandungan dalam 15 minggu kot. Ikut Klinik Kesihatan tu la. Kalo ikut Scan, 14 minggu. lebih kurang la tu. Dah nak dkt 4 bulan la tu. Besok kena hadap lagi klinik kesihatan yang buat pesakit terus sakit tu!! aduhai.. kena tunggu berapa jam la lagi tu. Nak ikut kan malas. Tapi demi kesihatan baby. Layan je la. Besok bukan chk up prgnant. Kena minum air gula jer. Yang tak suka tu, kena ambik darah sebelum dan selepas minum air gula tu. Ntah ape2 ntah la. Dah la nurse tu kasar masa ambik darah hari tu. Nak je kena lempang, tapi sabar lagi ar. Ingat dia sorg je, tau mara. Dah la Lembap semua nye. Geram tul la. Dah tau org ramai. Ambk la insiatif tuk buat cepat2. Ni macam main masak2 la. Yang bagus nye diorg ni, ambk tau hal details la. Even fes period umur brapa pun diorg nak tau. cayala!! Tapi still hangin sebab lembap!! Mampus kalo ada staff klinik tu baca. Bagus jugakla, biar dia tau sikit. Besok nak datang pagi2 klinik kesihatan tu. tgk ar hbs kol bape lak. Ikut appoimen, mmg kol 8. Kiter tunggu je la!

Kimi Sekarang da pandai nak ikut orang berjalan. Mentang2 la da pandai jalan. Nak berjalan je la dia. Ngada2 tul dia skg ni. nak wat cam ner.. layan je la. Alhamdullilah dia tak de la ganas2 sgt. Tak tau la in future. Harap2 jangan la. Tapi kalo ganas pun, laki kan. Dia kena explore!! hehehe.. Ape2 pun mama harap yang terbaik dari anak mama. ok sayang... I luv U!

Monday, January 11, 2010

Hari Keluarga di PROTON!

Hari Keluarga ni happened last Saturday on 9 Januari. Tahun ni PROTON buat family day dkt padang proton tu je. Selalunya kat sunway lagoon. Pikir2 kalo kat sunway leh ar mandi dengan Kimi ker. Ni nak buat ape.. jalan2 je la. Adalah game ar, rumah hantu la. Bukan bleh Kimi main lagi pun. Anyway, family day diorg tu kira happening la gak. Siap ada konsert. Artis nye.. Mila, Ramli Sarip, Nabil, Amy mastura yang tak sempat nyanyi, sian.. Ada masalah Teknikal. Hujan Lebat petang tu. Tapi yang best masa Ramli Sarip nyanyi. Walaupun I muda, jiwa sentimental rock tau! huhu.. Best sebab nyanyi ramai2. Maklumla penyanyi otai, semua orang da tau lagunye. Tapi Ramli Sarip Memang THE BEST ar!! Kalau nak tahu, kitorang gerak dari rumah.. dari pukul 7 lebih pagi, sampai kol 6 lebih petang !!! Believe or Not!! Kihkih.. Ni gara2 nak tunggu cabutan bertuah kereta SAGA SE la ni! tapi akhirnye keciiiwaaa.... kesian abah. Hampanye.. TAkpela bah.. bukan rezki kiter! Yang terharunye, abah cakap nak bagi mama bawak tu, kalo dapat. Aduyai... Terharu nye mama! Takpela bah, nama pun cabutan bertuah, kiter belum bertuah lagi.. huhu. Cuba lagi tahun hadapan la yer.
Balik dari tu, Anak beranak semua keletihan..

Monday, January 4, 2010

hAPpy NEw yeAR!! weLCOme 2010!!!

Cepat giler masa berlalu pergi. Dah 2010.. Dan saya dah 30 Tahun???!! oh no!!! Dah tua ke aku ni ?? so far belum lagi yer... Tahun je da 30 tahun tapi jika di kira mengikut bulan belum lagi k... huhu. Anyway, semua orang ada azam tahun baru ni. Apa azam saya ek.?? Azam ku.. cuma harap tahun ni akan ada perubahan dalam kehidupan ku ini. Setiap tahun ku ingin berazam buka satu perniagaan dan jadi bos! Tapi tak de yang menjadi. Tahun lepas hampir menjadi, tapi tak de rezki dan halangan yang tak dapat dielakkan. mungkin ada hikmah disebaliknye kan. Ape pun azam tu akan ku tanam setiap hari dalam diri ini. Semoga ku menjadi ahli perniagaan wanita yang berjaya!! Amin. Salah satu masalah besar adalah aku seorang yang disenaraihitamkan dan nama ku tersenarai dalam CTOS !!! tu adalah gara2 bagi nama kat abang ipar untuk pinjaman keretanya. walaupun da bertahun berlalu, kesannya amat ketara pada diriku ini. Itulah masalah nye, dan sehingga kini ku tak bergerak mana2. Jika ada sesiapa yang ingin membantu, amatlah dialu2kan. Masalah kedua besar, apa lagi modal la. Tak de modal tak guna gak, kalau nak merancang perniagaan ni. Kesimpulannya, Lu Fikirla Sendiri Ifa... Huhuhu!! Good Luck To ME!hahaha!!