Thursday, December 16, 2010

Temuduga SPA

Hari ini ada interview kat Putrajaya. Jawatannya Pembantu Tadbir N17 bawah SPA. Seram sejuk jugak tau walaupun masuk yang ini da 4 kali interview. Harap2 dapat la yer. InsyaAllah kalau ada rezeki. Alhamdulillah takde la lama sangat tunggu. Bila masuk dalam tu, macam biasa la, sila kenalkan diri. Apalagi dengan panjang lebar nya aku bagitau, dari hal diri sendiri, mak bapak, suami dan hal sekolah. Yang kelakarnya, dari sekolah rendah sampailah ke universiti di Shah Alam sahaja. Hehehe...

Alhamdulilah, takde soalan yang sukar untuk di jawap, cuma lupa nak tgk nama ketua pengarah KKR!!! Hahahaha!! Tak terfikir langsung nak tgk, so dia gelakkan saya la, tak tau, dahla kerja di JKR. Adushh!!! Mintak2la dia tak ambik pot sangat huhu.. Yang lain, dia tanya tugasan2 N17, nama menteri kerja raya, dan soalan umum pendapat kita mengenai barangan buatan malaysia.Hentam sajalah labu.. asalkan jawapannya tu relevan dan yakin!

No comments:

Post a Comment