Tuesday, October 26, 2010

Sebelum bersalin..

Peh, tahun biler punye citer ni. Tak kesah la, kalau orang tak nak baca, bagi anak2 baca la kan. Start from 4hb Julai, masuk wad, hari Ahad pukul 10 malam gitu la, siap ingat hari lagi pasal malam tu akhir mentor kat tv3. kihkih.. ( tengah tengok tu la ). Masuk dalam bilik air, da kuar tanda lendir campur darah. Tapi sakit takde lagi pun. Pergi la hospital Serdang malam tu jugak. Takutla kalau sakit betul2 kang, dah la dok tingkat 4. saper lak nak hangkut turun pulak kang. ( mestilah my hubby kan.. hehe). Masuklah kat dewan bersalin tu. Doktor check bawah tu, da buka dalam 4 cm kot. Doktor da cakap da, kena tahan wad ni, takleh balik. Nasib baik da siap2 baju. Hakimi da hantar pi rumah kakak kat Puchong. ( sori, my dear.. ) Sebelum naik wad, adalah 2 doktor pelatih ni. Punyela sakitnya hati pasal dia cucuk2 nak ambik darah tapi darah tak keluar!!!! Lebih 5 enjek!!! Dia ingat tangan aku, tangan kucing ke??? kalau kucing pun tau sakit la! Sengal giler. ( Memang ramai yang kena pun, masa tu.. ) Nasib kiterla dapat doktor pelatih sengal masa tu. Akhirnya suruh doktor yang pakar jugak settlekan. Selamat... Pastu hantar la pi kat wad 5E dalam pukul 3 pagi gak. Kesian abg tunggu kat luar lama dan sejuk.

5hb Julai 2010 ( Isnin )
Pukul 4 pagi lebih, nurse kat situ da kejutkan untuk check kat bawah lagi. Masih tak berubah lagi. Memangla, baru je la check!! Pastu tido la balik dalam kol 6 pagi lebih, mata da ngantuk dan lapar. Hari pertama tu, takde ape2 yang menarik ar, just berkenalan dengan orang2 situ. Kebosanan bermula disini.....

6hb Julai 2010 ( Selasa )
Macam biasala pagi2 da kena pi check. Yang peliknye, bukaan makin kecik. da jadi 3 cm. Pelik gak, ingatkan mungkin disebabkan doktor tu check lain ke, tapi tak kot, pasal ada orang cakap, boleh je jadi camtu.. 'dia' boleh kecik balik, ntahla....

7hb Julai 2010 ( Rabu )
Pagi tu check macam biasa.. Turun lagi, jadi 2 cm. Doktor pun letak pil induce kat bawah tu. Dia kata sebiji setengah dia masuk kan. Tapi tak rasa ape pun. Tak rasa sakit, takde tanda pe2, relax je la.. Orang lain semua pelik. Selalu nya kalau da letak tu, mesti sakit. Mungkin doktor tu salah letak kot.. Petang tu check balik, Takde perubahan pe2. Tak buka lagi. Aduh! Hati da cuak takut kena operate lagi. Masa tu koling2 abang. Abang siap bawakan air zam2 2 botol dengan air selusuh untuk senang beranak la konon. Hehe.. Cuba la. Usaha dan tawakal kan.

8hb Julai 2010 ( Khamis )
Pagi tu doktor check masih buka 2cm. Tapi Diorang da suruh pi wad bersalin. Sebenarnya diorang da suh turun dewan bersalin dari hari isnin hari tu lagi. Pasal diorg risau baby tak gerak sangat. Alhamdulillah takde pe2.. Masa kat dewan bersalin tu. Ada doktor lain pulak check bawah tu. Diorg rasa tak buka dan masih tebal lagi kat rahim tu. Lama gak la dalam tu, dari pagi sampai petang kol 4-5 la gitu. Diorg bincang2, naik wad balik. Hahahaha.. kelakar pun ada. Member2 dalam wad tu semua da terkezut. Ingat ada lagi kawan kecik baru.. hehehe, anak aku la tu. Kihkih.. Harapan keciwa... Perut da lapar. Apa lagi makan dan tidur... Malam tu pasang yasin letak kat perut. Berzikir banyak2 supaya senang baby keluar dengan selamatnya.

9hb Julai 2010 ( Jumaat )
Hari ni abang da stat keje. Sebab tak leh cuti lama2, pasal tunggu beranak, tak beranak2.. kihkih. Lepas sembahyang jumaat tu. Abang kol, abg cakap abg da on de way ke hospital. Dalam hati melonjak la!! Yeh!Yeh! abang datang!! Hehe.. ( EEE...Gedikzz sungguh.. )Yelah, boring giler tau jika tiada org menemani. Lagi2 tiada orang yang tersayang.. ( Orang pun da bosan nak teman da, pasal lama sgt kt hospital tu! ) Abang siap beli air zam-zam lagi. Kihkih.. ( Mesti dalam hati abang, apsal ssh sangat bini aku ni nak beranak, orang lain senang jer.. ) Tak lama lepas tu, datang la nurse ni. nak masuk air kat bun**t, tuk senang berak sebab kena pi dewan bersalin!!! aaaRGGGHHHHH!!!! Terkejut pulak pasal tetiba jer! Abang pun terus tak balik keje, kol tempat keje kata bini nak beranak ( Dalam hati, harap2 kali ni jadi tau! ) Lama gak tunggu sampai kol 4 lebih baru masuk dewan bersalin.. Masuk jer doktor pelatih check bawah, kata da 7 cm buka! Ha!!!! Biar betul, patut la sakitnye pinggang ni dari malam tadi. Masa tu contraction da 5 minit berdenyut2, sakitnya tuhan jer yang tahu..!! Sakitnya!! Check lagi, da 9 cm...! Wah!! lagi ar sakit!!! Dalam pukul 8 malam Complete 10 cm!! Doktor tak kasi teran sangat, tapi sakitla wei!! Mana leh tak teran!! Lepas tu.. diorg ready angkat kaki, letak kat tiang kaki tu, pastu 3 orang suh push..push!!! Doktor tu cakap push tak betul! Dia kata kena macam sembelit! Eee.. masa tu! mana nak pk berak sembelit cam ner!! Aduh sakit!!! Teran punye teran... tak boleh jugak. Nurse da makin ramai kat bilik tu. Memberi kata2 semangat.!! Dan suamiku di sisiku!! Ooo.. tu yang best! Sama2 bagi kata semangat la konon. Bila sakit jer teran.. Doktor cakap sikit lagi, dalam seinci lagi. Kepala baby da nampak. Dengan doktor dan nurse yang lebih dari 5 orang tu. Sama2 jerit PUSH! PUSH! tapi masih keciwa.. Apabila nafas tak cukup teran. Jantung baby da berdenyut perlahan dan makin lemah. Apa lagi kena pertolongan kecemasan la.. VAKUM!!! kahkah.. buat la asalkan anak aku keluar. Tapi husband kena kuarla, kalo da pakai benda alah tu. Hehe.. Sori sayang! Dengan 2x push! baby pun keluar.... nurse tu pun letak baby kat perut terus. Tak nangis lagi tu. Saya pun peluk baby dengan rasa gembira dan syukur!! Alhamdulillah!! Berjaya bersalin normal ( walaupun vakum... Kihkih...!! ) Dalam pukul 9.45 malam lahirlah MUHAMMAD QALIF HAZIQ!

Thursday, October 21, 2010

Sudah lamanya tak update!!

Da berapa lama ek agak2 tak update blog ni. Adalah dalam 4 bulan lebih kot.. huhu. Yelah, dari mengandung sampai Haziq da 3 bulan lebih da. Nanti saya upload gambar anak2 ku yang terkini ek. Kalau nak cerita banyak la. Tak tau nak stat dari mana. Nak cerita dari sebelum bersalin... mmmm.......... k kot. Tapi nanti la. hahahaha.... Memerlukan ketenangan bila nak bercerita ni. baru best. Sekang kat opis. So kena wat keje k... keje yang melimpah ruah selepas balik pantang ni. Aduyai... mungkin terasa ke'bz'an tu pasal sibuk mengepam jugak kot. Hehehe... Ok la yer. to be continue... Wasalam.