Monday, October 26, 2009

kimi HEncem!!




Inila gambar2 kimi semasa raya.. suka la tu konon wat muka macam tu. Atuk nye pangil dia kimi encem! hehe.. mama dia aminkan jer. huhu!! Yang pakai kopia tu lagi bes, macam ustaz da. ustaz hakimi nak pi mengaji ni. hehe. sekarang ni letih sungguh nak melayan karenah nye. da pandai melawan. tak padan dengan ketot! hahaha!!! garang tu! hari tu masa cuti, bergaduh dengan dia lagi. belum pandai cakap lagi tu. dia da pandai buat suara marah la konon. ingat mama takut. tapi selsema dia tak baik lagi la.. sian anak mama tu. Hari tu da pi klinik kanak2 lagi. kena sedut dia punya kahak dgn selsema dalam hidung tu. Masa tu kalau tengok kesian la dia. muka nye yang merah.. kaki dia kejang, tangan dia pegang baju thn skt. ee.. tak sampai hati btul la. tapi tu je jalan terakhir mama untuk kimi jadi baik. lepas ni, mama harap kimi akan terus sihat hendakNya. mama dan abah doakan kesihatan kimi yer.
Minggu ni, hari khamis nanti, kena pi langkawi, ada meting la konon. kena la tinggalkan kimi dgn atuknye. mama nak wat cam ner.. mama tak leh bawa kimi. next time kiter pi dengan abah ek. kalau abah ikut baru bleh bawak kimi. kalau tak saper nk jaga kimi bila mama ada keje nanti. kan..kan..
kesian gak kt abah kena tinggal. ala.. tak lama.. 2 hr setgh jer.. nanti mama rindu kt kimi & abah la... hehe.. nanti mama kol abah ek tiap2 malam.. don wori be hepi.. kihkih..

Tuesday, October 20, 2009

Kimi demam lagi...

Kimi sekarang dok dengan atuknye. kenala mama dengan abahnye berulang dari puncak alam. takpelah.. tak sampai hati nak bagi kt taska. Selsema tak baik lagi, datang lak batuk. kesiannye.. anak mama tu. tapi bila dok dengan atuknye sihat pulak. bleh main2 lagi. dengan mama dia, nangis jer. dengan abah lagi la.. lama tak main2 dengan anak mama tu. kalau dok puncak alam cam tu la.. kuar rumah kol 6.30 pagi, dia tido lagi, balik sampai kol 7 tu paling cptlah. semalam sampai nk dkt kol 8 gak. pastu sembahyang,makan, gosok baju kejap.. kol 10 lebih mama dgn abah da layu nk tido. dia nak main lagi. berapa lama la sgt dgn anak mama tu kan. mungkin kot pasal tu dia mara. tapi nk buat cm ner, mama ngan abah kena keje untuk kimi. da besar nnt kimi faham la ek. harap-harap anak mama cepat la sihat. khamis ni nak bawa pi chk up kt hospital serdang. mama dgn abah da apply cuti untuk kimi. kalau kimi tak sihat tak leh lagi bawak kimi jumpa doktor. takpela.. semoga kimi da besar nanti, kimi faham la yer pengorbanan mama dgn abah ni. huhu..

Tapi seronok tul dia dok dengan atuk nyer. kihkih gelak nyer.. kalau dok umah tu. muka nye masam jer.. Nanti mama nak pi langkawi. kimi dok ngan atuk ek. tak mau nakal2 tau kat umah atuk tu. sian nenek ngan atuk tak sihat sangat. sedih la mama 2 hari lebih tak dpt jumpa kimi. mesti mama rindu gilok kat kimi! kimi tak nangis mama yang nangis nanti. hua..hua...hua..!!

InsyaAllah awal bulan nov ni mama akan buka butik dengan makngah. Banyak lagi la keje mama. banyak benda nak diuruskan. Nak register co, nak siap2 kan kedai tu, nak buat promosi, letih2..!! takpela.. demi masa depan kite. Doakan kejayaan mama k.. yer..!! i luv u sayang!! mmmuuuaahhhhhhhhh!!

Wednesday, October 7, 2009

Kimi da 10 bulan..




Anak mama da 10 bulan da. Oleh itu, mama ngan abah raging dia la, masuk dalam mesin basuh tu... huhu. Suka sangat main air. ( kalau kimi da besar nanti, tgk blog ni, jangan lak buat mama ngan abah cam tu lak ek ) hehehe... baru mama takut ek. Kimi sekang da ada gigi 2 batang kt atas dgn kt bawah. kelakar tgk rupenye. gigi atas tu macam besar je. mcm mama jer.. huhu. jgn jongang sudah! tu la suka sgt mengigit. ape aje kt tgn semua dia gigit. mama bg getah tuk gigit tu tak nak lak. kalo bleh nak tangan abah dia, huhu.. sedap kena gigit. abah ckp, tak pe la.. demi kebahagiaan anak. sengal! agak2 la.. skt tu. walaupun gigi dia tu kecik, tp tajam tau.

Minggu ni, sabtu ahad penuh schedule. kakak nak datang hr sabtu. kawan nk datang hr ahad. minggu dpn pun full jugak. bleh tahan la thn ni raya.. bz sikit. bukan selalu ek. kimi banyak gak dapat duit raya. mama ingat nak buka SSPN untuk kimi. nanti mama apply untuk kimi ek. semoga anak mama buat duit tu untuk belajar tau..tau..

Friday, October 2, 2009

Hari Raya 2009..

Tahun ni fes time raya bersama kimi. Sori yer, gambar takde lagi. tgh tunggu adik ipor kirim by emel.. hr tu dia yg ambk gmbr kitorg kt kg. Kt puncak alam tunggu abg ipor lak bg gambar raya ramai2 tu. mmm... takde kamera kan, sian btul.. huhu. masa raya kt sini, penat nye raya pertama tu la, berjalan jer, dari pagi sampai petang. kimi da penat da. nk wat cm ner raya. tp kt kg abg lagi penat. 3 hari berturut dok berjalan jer. nasib baik dekat2. tu pun kimi meragam la gak. yelah, kita yang besar badak ni kalo berjalan beraya pun rasa penat kan, ape ntah lagi budak kecik tu. nsb baik la da bersedia bekalan nyer. ape lagi susu dia la. yang buat kimi penat lagi. anak buah abg semua nk dokong dia, main dengan dia, rimas kot dia. dia kan suka kepada kebebasan. masa mula2 kimi sampai kampung tu, shock culture gak dia. yelah, dari kimi 3 bulan, sekang da 9 bln baru balik kg. jarang jumpa org kt sana kan. atuk dia pegang mula2 pun da nangis. lama2 ok da. siap gigit jari atuk dia. hahaa... atuk dia ingt tak de gigi lagi. padahal gigitan dia tu akan membuat org bertaubat la utk bg jari kt mulut dia lagi. huhu.. nakal tul anak mama tu. tu yang buat mama rindu selalu kt kimi.

Tp umah kitorang sampai sekarang. macam tu la. tak raya lagi huhu. tunggu besok la. bergotong royong mama, abah dan kimi. hehe..!!