Thursday, January 21, 2010

Berita Terkini!!!

Huhu.. macam gempak je tajuk berita tu. Takde pe pun, cuma lama tak update blog ni! Saje je ngisi masa terluang. Sekarang ni, umur kandungan dalam 15 minggu kot. Ikut Klinik Kesihatan tu la. Kalo ikut Scan, 14 minggu. lebih kurang la tu. Dah nak dkt 4 bulan la tu. Besok kena hadap lagi klinik kesihatan yang buat pesakit terus sakit tu!! aduhai.. kena tunggu berapa jam la lagi tu. Nak ikut kan malas. Tapi demi kesihatan baby. Layan je la. Besok bukan chk up prgnant. Kena minum air gula jer. Yang tak suka tu, kena ambik darah sebelum dan selepas minum air gula tu. Ntah ape2 ntah la. Dah la nurse tu kasar masa ambik darah hari tu. Nak je kena lempang, tapi sabar lagi ar. Ingat dia sorg je, tau mara. Dah la Lembap semua nye. Geram tul la. Dah tau org ramai. Ambk la insiatif tuk buat cepat2. Ni macam main masak2 la. Yang bagus nye diorg ni, ambk tau hal details la. Even fes period umur brapa pun diorg nak tau. cayala!! Tapi still hangin sebab lembap!! Mampus kalo ada staff klinik tu baca. Bagus jugakla, biar dia tau sikit. Besok nak datang pagi2 klinik kesihatan tu. tgk ar hbs kol bape lak. Ikut appoimen, mmg kol 8. Kiter tunggu je la!

Kimi Sekarang da pandai nak ikut orang berjalan. Mentang2 la da pandai jalan. Nak berjalan je la dia. Ngada2 tul dia skg ni. nak wat cam ner.. layan je la. Alhamdullilah dia tak de la ganas2 sgt. Tak tau la in future. Harap2 jangan la. Tapi kalo ganas pun, laki kan. Dia kena explore!! hehehe.. Ape2 pun mama harap yang terbaik dari anak mama. ok sayang... I luv U!

Monday, January 11, 2010

Hari Keluarga di PROTON!

Hari Keluarga ni happened last Saturday on 9 Januari. Tahun ni PROTON buat family day dkt padang proton tu je. Selalunya kat sunway lagoon. Pikir2 kalo kat sunway leh ar mandi dengan Kimi ker. Ni nak buat ape.. jalan2 je la. Adalah game ar, rumah hantu la. Bukan bleh Kimi main lagi pun. Anyway, family day diorg tu kira happening la gak. Siap ada konsert. Artis nye.. Mila, Ramli Sarip, Nabil, Amy mastura yang tak sempat nyanyi, sian.. Ada masalah Teknikal. Hujan Lebat petang tu. Tapi yang best masa Ramli Sarip nyanyi. Walaupun I muda, jiwa sentimental rock tau! huhu.. Best sebab nyanyi ramai2. Maklumla penyanyi otai, semua orang da tau lagunye. Tapi Ramli Sarip Memang THE BEST ar!! Kalau nak tahu, kitorang gerak dari rumah.. dari pukul 7 lebih pagi, sampai kol 6 lebih petang !!! Believe or Not!! Kihkih.. Ni gara2 nak tunggu cabutan bertuah kereta SAGA SE la ni! tapi akhirnye keciiiwaaa.... kesian abah. Hampanye.. TAkpela bah.. bukan rezki kiter! Yang terharunye, abah cakap nak bagi mama bawak tu, kalo dapat. Aduyai... Terharu nye mama! Takpela bah, nama pun cabutan bertuah, kiter belum bertuah lagi.. huhu. Cuba lagi tahun hadapan la yer.
Balik dari tu, Anak beranak semua keletihan..

Monday, January 4, 2010

hAPpy NEw yeAR!! weLCOme 2010!!!

Cepat giler masa berlalu pergi. Dah 2010.. Dan saya dah 30 Tahun???!! oh no!!! Dah tua ke aku ni ?? so far belum lagi yer... Tahun je da 30 tahun tapi jika di kira mengikut bulan belum lagi k... huhu. Anyway, semua orang ada azam tahun baru ni. Apa azam saya ek.?? Azam ku.. cuma harap tahun ni akan ada perubahan dalam kehidupan ku ini. Setiap tahun ku ingin berazam buka satu perniagaan dan jadi bos! Tapi tak de yang menjadi. Tahun lepas hampir menjadi, tapi tak de rezki dan halangan yang tak dapat dielakkan. mungkin ada hikmah disebaliknye kan. Ape pun azam tu akan ku tanam setiap hari dalam diri ini. Semoga ku menjadi ahli perniagaan wanita yang berjaya!! Amin. Salah satu masalah besar adalah aku seorang yang disenaraihitamkan dan nama ku tersenarai dalam CTOS !!! tu adalah gara2 bagi nama kat abang ipar untuk pinjaman keretanya. walaupun da bertahun berlalu, kesannya amat ketara pada diriku ini. Itulah masalah nye, dan sehingga kini ku tak bergerak mana2. Jika ada sesiapa yang ingin membantu, amatlah dialu2kan. Masalah kedua besar, apa lagi modal la. Tak de modal tak guna gak, kalau nak merancang perniagaan ni. Kesimpulannya, Lu Fikirla Sendiri Ifa... Huhuhu!! Good Luck To ME!hahaha!!