Tuesday, June 15, 2010

Menunggu hari...

Salam. Sekarang da sampai masa menunggu hari, detik dan masa untuk bersalin. Huhu.. macam2 perasaan ada. Walaupun da masuk 2. Yelah.. setiap masa bersalin tu kan berbeza2 keadaan nya. Harap2 kali ni Allah permudahkan perjalanan hambanya ini untuk bersalin. Dan harap2 dapat bersalin normal. Amin..
Hari Jumaat dengan semalam kena jaga Kimi sebab Taskanya cuti. Hari Jumaat tu ok la.. boleh maintainla jaga dia. Tapi semalam, aduyai, bleh gugur jantung, hati, peparu dengan dia tu. Semakin menunggu hari ni, semakin banyak pe'el dia yang luar biasa. Sabar je la. Kesian jugak dia kena marah2 tapi degil nye... macam la mama dia. hahahaha! Nak marah pun susah, tak marah lagi susah. Mungkin itu ujian kan. Sabar je lah.. Harap2 adik dia da keluar, dia akan pandai sesuai kan diri nanti. Harap2 la..!!!
Hari ni baru masuk keje. Tengok atas meja penuh da. Macam mane nak cuti 2 bulan ni. Menggunung kot surat2 tu...Apa2 aje la.

No comments:

Post a Comment