Tuesday, December 29, 2009

Kimi da boleh jalan..!!

Nak upload video Kimi berjalan........ Tapi tak dapat upload. Ahhh!!! tension!! Masa tu adik abah datang. Dia rakam tu, masa Kimi baru bertatih berjalan. Sekarang ni Kimi da Setahun 3 minggu. Jalan pun masih lagi vibrate2 gitu.. huhu. Tapi lama2 ok la tu. Lepas ni siap sedia la. Orang cakap, bila budak da dapat kaki.. tunggula kenikmatan keganasannye. Minggu ni, Kimi dijaga oleh atuk, nenek dan kakak tasha. Semalam tinggal so far ok la. gembira tengoknye. serasi la tu dengan kakak tasha nye tu. Tapi yang tak bestnye, ada ke patut bagi Kimi makan maggi?? Kan tak elok untuk kesihatan tu... Nak cakap kang, terasa pulak orang tua. takpela, sikit je kot. Tu yang semalam taik nye keras tu. macam taik kambing.. huhu. Harap2 takde pe2 lagi. Memang seronok dia dok dengan atuknye tu. Orang layan dia sorang je. Kalau kat taska tu, budak ramai, penjaganye 3 kerat jer.. Mana nak layan sangat dia tu. Sekarang ni, dia suka gelak2. Tapi bab gelak tak sempat nak rakam. Bila nak tangkap gambar je, dia buat muka serius. Geram nengok nye... Semalam pergi interview, tak tau la ape cer. kalau baik untuk saya, dapatla kot. kalau tak, takde rezki dan mungkin tak baik untuk saya kan. Saya redha jer dan berusaha untuk dapat kerja yang terbaik untuk keluarga mama. Yang mama risau, Kimi da setahun lebih, tapi tiada planning ape2 untuk future. Bagaikan hidup tanpa haluan nye... Dan kerja tungku lumus for nothing!!! Habis duit begitu sahaja, dan masa terus berlalu dan berlalu.... Sekarang tengah mengandung yang kedua. Ya Allah! Ko beri kan petunjuk ke jalan yang benar kepada hamba Mu yang lemah ni. Semoga ana tabah mengharungi dugaanMu dengan tenang. Itulah tanda kasih sayangMu yang tiada tandingannye. Berkati lah rezki ana, rezki suami ana dan kehidupan ana didunia ini Ya Allah! Ampuni dosa hambaMu yang sering lupa dan alpa dengan larangan mu Ya Allah! Sesungguhnya ko Maha Pengampun Dan Maha Mengasihani! Amin..

Monday, December 21, 2009

Kimi Da Pandai...

Sekarang ni, Kimi da pandai bangun sendiri. Nanti, da boleh jalan la tu. Boleh la naik tangga sendiri ek. Mama tak larat nak dukung Kimi da.Huhu... Slalu abah pun yang jadi mangsanye. Mama slender la.. tercabut lutut mama. Tapi mama tak sabar nak tunggu anak mama pandai cakap. Sekarang ni pun da bising, apatah lagi kalo da pandai cakap nanti. Yang paling best, kimi bila buat sesuatu yang dia rasa salah. Dia takut2 jer. cepat2 lari ( merangkak la.. ). Hari tu dia jatuh kan baldi kecik kat umah tu. Cepat2 dia lari kt mama dia. sambil2 nangis. kelakor tengok. maknanya dia tau la yang dibuat tu salah. Tu sebab dia takut. Tapi sekarang memang terasa letih tul jaga dia. Maklum la, dah la ada sorang lagi dalam perut ni. badan ni rasa penat jer. lagi kalo sorg2, nak angkat dia bawak pi bilik air pun, dah tak larat. Las Check Kimi da 8.1 kg. Nurse cakap ok la. Normal. Belum tahap obes atau kurang zat. Meragam dapat adik lagi la.. huhhhh!!! Penat giler ar... Akhir bulan ni ingat nak pi scan. Tak tau nak pi chk up kat klinik Soraya tu ke, klinik kesihatan. Klinik Kesihatan bagus jugak, macam details dia nak tahu. tapi tak tahan nak tungggggguuuu............... Rasa macam nak lempang je nurse yang depan kaunter tu. hahah... garang giler! yelah.. penat lah tunggu ni. Klinik Soraya ok jugak. sedia kan pulus je la.. tapi boleh claim. takde hal. Tengok la cam ner.

Mengandung kali ni, rasa mual2 lebih sikit. tak macam yg fes tu, relax sikit. Yang ni pun ok, tapi cepat letih, mual2 tu je la kot. so far... Apapun, mama tak sabar nak lahir kan adik Kimi ni. Harap kali ni, boleh la bersalin normal. Amin....

Wednesday, December 16, 2009

Family Day... @ PD







Alhamdullilah... family day yang berlangsung pada 12 & 13 Disember lalu agak berjaya la gak... walaupun ada sikit kelam kabut nye. mane tak nye project manager pun kelam kelibut gak.. hehe. Ni la gambar2 sikit yang saya uploadkan untuk tatapan umum. tak banyak games yang dpt ambik gambar, mane tak nye, semua orang syok main. tak hingat da nak ambk gambar, huhu. Bagi saya orang seronok. saya pun seronok la. Cuma ada sesetengah bilik yang bermasalah tu, tak dapek la nak nolong. saya nyer pun ada gak sikit masalah bilik airnye. mmm.. redha jela..

Wednesday, December 9, 2009

Hepi Berday To Mama!!

huhu... Sian nye.. macam tak de org wish berday jer, buat wish sendiri. kihkih.. Takdela, sajer je. Tapi sedih gak abah tak wish berday kt mama pun. Dia ingat tu, tapi biasala, laki ni kadang2 benda2 remeh macam tu susah nak buat. Bagi dia remeh la, bagi kiter kan tu satu yang kiter banggakan, yang mengembangkan hidung kiter, ape2 la... mmm, nak wat cm nor, laki aku gak... Berday Kimi Isnin lepas. Dapatlah hadiah dari nenek,atuk dia dengan sepupu poyo dia.. kakak tasya. huhu.. Mama takde pun hadiah, mane aci ni.. kihkih.. Da tua pun, tak yah lah. Semoga anak mama jadi anak yang soleh dan ingat mama ngan abah selalu tau. Semoga anak mama berjaya dunia dan akhirat bila da besar nanti. apa2 pun, mama ngan abahla yang kena didik Kimi supaya berjaya kan. Tp bila Kimi da besar pandai2 la fikir sendiri tau, mane baik, mane buruk. Mama pun harap dapat mendidik Kimi supaya jadi anak yang baik. yelah, sape taknak yang terbaik kan.InsyaAllah, Dengan izinNya, impian mama tercapai. Semalam Kimi demam lagi. Kenapa ye slalu demam2. Ksian tul biler nk bagi ubat. Tapi nak wat cm ner. Da mcm2 cara buat da. Takpela, harap2 jangan sampai kritikal sudahla. Harap2 lepas setahun ni, kurang la sikit demam nye yer. Amin.
Hakimi sekarang da nak berdiri sendiri. da tinggi dia angkat buntutnye. Tapi terduduk balik. lama2 ok la tu kot. berjalan da boleh, tapi dia takut2 lagi. kalau orang dirikan dia, dah boleh berdiri sendiri da. Tapi takut2 lagi. Minggu ni nak pi PD. Family day ofis. Harap ape yang dirancang sukses!! kihkih.. banyak rintangan tu. Ape2 pun mama nak bawa Kimi mandi swimming pool. mesti kimi suka main air. Tapi tak boleh lama2 tau, nanti demam lak. Dah lama kitorang tak bercuti pun. k la cau...

Tuesday, November 24, 2009

Kimi nak setahun!!

Hai.. macam lama tak update blog ni. huhu.. macam tak de mood ar. Hakimi nak setahun 7/12/2009. Tengah pikir nak wat ape ek, berday dia nanti.. Ingat nak buat pulut kuning tuk bagi orang. Ambik berkat supaya hidup Kimi lebih diberkati hendakNya. Tapi tak Putus lagi, Tengok la.. Ingt nak wat makan2 dengan famili. tapi kena tengok bajet gak lak. pasal bulan 12 ni macam banyak je hal nye.. Nak pi PD family day lagi, kena gak kuar tu. Kimi baru lepas habis demam. Hari Sabtu patutnya pi Balik rumah mak kat puncak alam, pi kawin kawan sekerja, kunal, semua program tak jadi. badan dia panas sangat. takut gak, dia mengigil panas sgt ke sejuk sgt ke tak tau la. takut gak kalo2 kejang2. pagi semalam dari pukul 2.30 pagi hingga pukul 4 pagi dia tak nak tido, ingat nak pi klinik gak time tu, tp lama2 dia ok jer. buatkan susu, pastu tido balik. pukul 5.30 kena ar bangun pi keje. tapi kimi lena jer. mesti dia ngantuk gak. yang kelakor nye, lepas masak bubur dia, ingt nak tido la kejap. Tak de maknonye!! sampai kol 6.30!! Apalagi kejut abah nye.. cepat2 siap nak pi keje ar! Da lambat!! nasib baik cuti sekolah, takdela jem. Nasib baik Kimi pun da sejuk sikit badan dia. lega ar sikit nak pi keje. Risau la... Kimi selalu demam jer. Memang budak macam tu ke?? Tapi kakak dengan mak cakap, pelik gak selalu je demam. Mula la macam2 spekulasi yang timbul.. Takpela, nanti check up bulan 12, nak tanya nurse tu.
Minggu ni Raya Haji. Ikut kalendar Islam, minggu ni Kimi da Setahun la. Pasal Kimi lahir Raya Haji tahun lepas. Keje pun banyak gak, tapi macam tak nak tekanan sangat buat relax je la.. harap2 semua berjalan dengan lancar. Amin.

Tuesday, November 17, 2009

Surprise!!!

Heheh.. Jumaat lepas tak sabar nak check pregnancy test. pasal da seminggu lebih lewat period. Selepas test.. Taaaaddaaaa!!!! Positif! hahahaha... Kimi nak dapat adik!! Seronok jugak mengandung lagi, mane tak nye, da ramai orang yang tegur bila tengok perut ku yang membuncit ni," eh.. mengandung ek.." Macam doa gak la tu kan. hahaha!! ( salah kan orang lak ) Tak plan pun, tapi bajet2 kimi setahun dah bleh stat proses. Tapi tak dan, lagi sebulan nak setahun da ada. Alhamdullillah. Semoga murah rezki ku hendakNya! Tapi pening gak pasal due date nye macam bulan 7 kan, kontrak keje habis bulan 6. dah la baby nak masuk 2 ni. Takpela, semoga ada rezki la nanti kan. don worry my babies, mama akan berusaha mencuba membantu abah ko untuk mencari rezki dan membesarkan anak2 mama dengan baik. huhu..! Belum bagitau sape2 lagi pun cuma kakak dgn mak jer. biasalah, da masuk dua ni takdela excited mcm dapat yang fes tu. tapi ape2 pun, mama tetap gembira!! harap2 kali ni bleh la bersalin normal, mama akan cuba sebaik mungkin dan berharap semua berjalan dengan lancar.
amin..

Monday, November 9, 2009

Kesian kimi..

Nak citer la sikit, malam tadi kimi tak dapat tido.. buntut nye melecet. Semlm dia banyak kali la jugak berak, tu yang sampai melecet tu. yang tak tahan tu, kalau basuh buntut dia, dia nangis sampai hilang sora. kesian2.. kalau anak nye da tak dpt tido. apa ntah lagi mama ngan abah nye. lagi tak senang tido nye. harap2 dia kt taska hari ni ok la tu. kimi sekarang tau nak marah nye. macam ada yang tak puas hati jer. tapi susah dia nak luahkan. hehehe.. yelah, tak tau ckp lagi. garang pun ada.. sombong pun ada.. ish2.. anak mama ni. ape nak jadi ni. sape la ajar dia garang2 tu. huhu.. insyaAllah.. mama akan didik anak mama, jangan la sampai besar nanti macam tu yer. Taktaula pasal perubahan lepas potong rambut dia ke. mak ckp da jadi mcm budak nakal da.. hehe. potong rambutnye cam tu. nanti mama upload gambar kimi dalam ni yer. nanti boleh la orang tengok muka anak mama botak.. dahla ketot botak lak tu.. huhu.. nasib baik tak hijau badan nyer. hahahaha... gurau jer!

Aii.. macam da lambat je time period ni. adakah kimi akan dapat adik tak lama lagi??? heheh.. hanya abah dan mama je yang tau!! kihkih.. InsyaAllah. mama pun bukan muda lagi kan. tapi mama harap la dapat keje yang tetap lepas ni. kalau tak sekarang ni, dah ada butik mama join dengan makngah nye. tapi takde rezki la.. mungkin ada hikmah nye kan. mama kalau ada modal. nak buka biznes. mcm boring jer, nak keje dengan orang ni. tapi sendiri mau ingat la. bukan senang pun nak buka biznes macam tu jer. dengan modal yang ciput. takpe, sabar je, InsyaAllah.. kalau niat kita baik, kita boleh dapat kan. usaha lebih sikit. jangan tunggu duit tu jatuh dari langit da.. hehehe.. ok la. nanti mama akan upload gambar2 kimi yang terbaru yer.

Monday, October 26, 2009

kimi HEncem!!




Inila gambar2 kimi semasa raya.. suka la tu konon wat muka macam tu. Atuk nye pangil dia kimi encem! hehe.. mama dia aminkan jer. huhu!! Yang pakai kopia tu lagi bes, macam ustaz da. ustaz hakimi nak pi mengaji ni. hehe. sekarang ni letih sungguh nak melayan karenah nye. da pandai melawan. tak padan dengan ketot! hahaha!!! garang tu! hari tu masa cuti, bergaduh dengan dia lagi. belum pandai cakap lagi tu. dia da pandai buat suara marah la konon. ingat mama takut. tapi selsema dia tak baik lagi la.. sian anak mama tu. Hari tu da pi klinik kanak2 lagi. kena sedut dia punya kahak dgn selsema dalam hidung tu. Masa tu kalau tengok kesian la dia. muka nye yang merah.. kaki dia kejang, tangan dia pegang baju thn skt. ee.. tak sampai hati btul la. tapi tu je jalan terakhir mama untuk kimi jadi baik. lepas ni, mama harap kimi akan terus sihat hendakNya. mama dan abah doakan kesihatan kimi yer.
Minggu ni, hari khamis nanti, kena pi langkawi, ada meting la konon. kena la tinggalkan kimi dgn atuknye. mama nak wat cam ner.. mama tak leh bawa kimi. next time kiter pi dengan abah ek. kalau abah ikut baru bleh bawak kimi. kalau tak saper nk jaga kimi bila mama ada keje nanti. kan..kan..
kesian gak kt abah kena tinggal. ala.. tak lama.. 2 hr setgh jer.. nanti mama rindu kt kimi & abah la... hehe.. nanti mama kol abah ek tiap2 malam.. don wori be hepi.. kihkih..

Tuesday, October 20, 2009

Kimi demam lagi...

Kimi sekarang dok dengan atuknye. kenala mama dengan abahnye berulang dari puncak alam. takpelah.. tak sampai hati nak bagi kt taska. Selsema tak baik lagi, datang lak batuk. kesiannye.. anak mama tu. tapi bila dok dengan atuknye sihat pulak. bleh main2 lagi. dengan mama dia, nangis jer. dengan abah lagi la.. lama tak main2 dengan anak mama tu. kalau dok puncak alam cam tu la.. kuar rumah kol 6.30 pagi, dia tido lagi, balik sampai kol 7 tu paling cptlah. semalam sampai nk dkt kol 8 gak. pastu sembahyang,makan, gosok baju kejap.. kol 10 lebih mama dgn abah da layu nk tido. dia nak main lagi. berapa lama la sgt dgn anak mama tu kan. mungkin kot pasal tu dia mara. tapi nk buat cm ner, mama ngan abah kena keje untuk kimi. da besar nnt kimi faham la ek. harap-harap anak mama cepat la sihat. khamis ni nak bawa pi chk up kt hospital serdang. mama dgn abah da apply cuti untuk kimi. kalau kimi tak sihat tak leh lagi bawak kimi jumpa doktor. takpela.. semoga kimi da besar nanti, kimi faham la yer pengorbanan mama dgn abah ni. huhu..

Tapi seronok tul dia dok dengan atuk nyer. kihkih gelak nyer.. kalau dok umah tu. muka nye masam jer.. Nanti mama nak pi langkawi. kimi dok ngan atuk ek. tak mau nakal2 tau kat umah atuk tu. sian nenek ngan atuk tak sihat sangat. sedih la mama 2 hari lebih tak dpt jumpa kimi. mesti mama rindu gilok kat kimi! kimi tak nangis mama yang nangis nanti. hua..hua...hua..!!

InsyaAllah awal bulan nov ni mama akan buka butik dengan makngah. Banyak lagi la keje mama. banyak benda nak diuruskan. Nak register co, nak siap2 kan kedai tu, nak buat promosi, letih2..!! takpela.. demi masa depan kite. Doakan kejayaan mama k.. yer..!! i luv u sayang!! mmmuuuaahhhhhhhhh!!

Wednesday, October 7, 2009

Kimi da 10 bulan..




Anak mama da 10 bulan da. Oleh itu, mama ngan abah raging dia la, masuk dalam mesin basuh tu... huhu. Suka sangat main air. ( kalau kimi da besar nanti, tgk blog ni, jangan lak buat mama ngan abah cam tu lak ek ) hehehe... baru mama takut ek. Kimi sekang da ada gigi 2 batang kt atas dgn kt bawah. kelakar tgk rupenye. gigi atas tu macam besar je. mcm mama jer.. huhu. jgn jongang sudah! tu la suka sgt mengigit. ape aje kt tgn semua dia gigit. mama bg getah tuk gigit tu tak nak lak. kalo bleh nak tangan abah dia, huhu.. sedap kena gigit. abah ckp, tak pe la.. demi kebahagiaan anak. sengal! agak2 la.. skt tu. walaupun gigi dia tu kecik, tp tajam tau.

Minggu ni, sabtu ahad penuh schedule. kakak nak datang hr sabtu. kawan nk datang hr ahad. minggu dpn pun full jugak. bleh tahan la thn ni raya.. bz sikit. bukan selalu ek. kimi banyak gak dapat duit raya. mama ingat nak buka SSPN untuk kimi. nanti mama apply untuk kimi ek. semoga anak mama buat duit tu untuk belajar tau..tau..

Friday, October 2, 2009

Hari Raya 2009..

Tahun ni fes time raya bersama kimi. Sori yer, gambar takde lagi. tgh tunggu adik ipor kirim by emel.. hr tu dia yg ambk gmbr kitorg kt kg. Kt puncak alam tunggu abg ipor lak bg gambar raya ramai2 tu. mmm... takde kamera kan, sian btul.. huhu. masa raya kt sini, penat nye raya pertama tu la, berjalan jer, dari pagi sampai petang. kimi da penat da. nk wat cm ner raya. tp kt kg abg lagi penat. 3 hari berturut dok berjalan jer. nasib baik dekat2. tu pun kimi meragam la gak. yelah, kita yang besar badak ni kalo berjalan beraya pun rasa penat kan, ape ntah lagi budak kecik tu. nsb baik la da bersedia bekalan nyer. ape lagi susu dia la. yang buat kimi penat lagi. anak buah abg semua nk dokong dia, main dengan dia, rimas kot dia. dia kan suka kepada kebebasan. masa mula2 kimi sampai kampung tu, shock culture gak dia. yelah, dari kimi 3 bulan, sekang da 9 bln baru balik kg. jarang jumpa org kt sana kan. atuk dia pegang mula2 pun da nangis. lama2 ok da. siap gigit jari atuk dia. hahaa... atuk dia ingt tak de gigi lagi. padahal gigitan dia tu akan membuat org bertaubat la utk bg jari kt mulut dia lagi. huhu.. nakal tul anak mama tu. tu yang buat mama rindu selalu kt kimi.

Tp umah kitorang sampai sekarang. macam tu la. tak raya lagi huhu. tunggu besok la. bergotong royong mama, abah dan kimi. hehe..!!

Monday, September 14, 2009

Berlepak di Dataran Shah Alam.


Hari sabtu hr tu, kitorang berlepak di dataran Shah alam, lepas pi dewan mbsa tgk baju2. pastu macam boring jer lepak la kat sana 3 beranak ni. sekejap jer.. ramai gak orang kt sana. ramai yang couple2 la. biasala tmpt2 macam tu, tp diorg ni agak2 la, dah la sebelah masjid, bulan posa lak tu, tak saspek langsung!! huhu.. samala tiga beranak ni pun, orang dok pi terawih, kiter berlepak2 lak. ala sekali sekala jer, saje je tenang kan mata ni, tgk tmpt yg luas2.. takde serabut2. macam kat kl tu. tp shah alam ni nanti akan jd mcm kl la kot kan. da banyak org jual2 baju2 la.. nak raya ni kan.

Semalam beli baju kimi kt jusco. ee.. tak aci jer.. baju mak dgn pak dia kat dewan mbsa jer. dia kt jusco.. huhu. Takdela, untuk anak kan. dia baru nk rs raya, kita da 30 thn sambut, tak heran da. ingatkan nak beli baju melayu dia, tengok la, kalo ada yang sesuai. bila la nak shoping lagi ni. gaji mama pun tak dapat lagi la sayang. gaji abah kt kereta la ape lagi. takpela, nanti nak balik kampung.. yeh! Raya!! Fes time raya dengan anakku huhuhu!!! bleh dapat duit raya!!

Thursday, September 3, 2009

Syukur.. Alhamdulillah!

hehe.. macam pernah dengar je ayat tajuk tu kan. Alhamdulilah bulan puasa ni, biznes laju gak. biznes serunding hehe.. harap2 terus success la hendakNye. Semalam hari yang tak bes la. Pagi tu keputusan SPA mendukacita kan lah. ee.. sedihnye. memang mengharap sgt intrvw tu. masa intrvw macam ok jer. Mungkin ada orang yang lebih ok kot. ee, nyampah nye nak intrvw lagi. da naik muntah tgk org yang intrvw tu. nasib baik tukar2, kalo sama jer.. mmg da muntah! belah petang lak, brita yang tak bes gak pasal keje kt sini. mm..tp dah diselesaikan oleh bos ku.. hehehe. En Alias. Ntah ape dia buat ntah.. dia kata, Da ok, jgn sedih2. Alhamdulilah, kalo tak nk kena cari keje lain gak ni. apa2 pun, slps kejadian tu, ku perlu jua cari keje tetap. tapi bagaimana yer...??? nak keje kerajaan payah! nak keje swasta, aduhai, tak larat nye rasa nak hadap yg macam2 rupa.. Ya Allah! ko tunjukkan la jalan kepada hamba mu yang lemah ni.. Apepun Dia Maha mengetahui segalanye kan. Mungkin ada yang terbaik untukku.

Bertukar lak topik anakku Kimi. Dia sekarang da banyak cakap. Dia cakap macam la org ni faham cakap dia. pas tu bila org cakap macam dia tu faham sangat nengok nye.. ape2la anak ku itu. meriah jugak rumah tu dengan suara Kimi. Tapi agak tak puas hati la pasal taska tempat jaga kimi ni. mungkin pasal sekarang ni da kurang orang kot.. dengan ruam badan nye la, pastu bila ambk tu, ada ke dia suh budak2 yang dok situ, yang 8-9 tahun jagakan. kimi tengah nangis lak tu. ee.. pastu berkira bila lambat sikit, bukan selalu pun, kena kan caj, bila kiter hantar lambat, tak kira lak, ambk awal ke.. ntah ape2 ntah. fikir kn kimi da selesa kat situ jer, pastu ramai kawan nyer. Tapi dalam hati kimi cm ner la ek.. ntah2 dia pun da nyampah. huhu.. Takpela kimi, harap kimi bleh blaja berdikari dok situ. K la untuk hari ni. panjang gak ni. jangan hilang lagi macam hari tu sudah.. adios.

Friday, August 28, 2009

Salam Ramadan!

Selamat berposa untuk semua muslimin dan muslimat yer! jangan ponteng posa tau. Dah lama tak update blog ni dan perkembangan kimi yang sedia kembang tu hehe.Sekang ni kimi da pandai macam2. lasaknye.. sampai bape kali da terjatuh tu, sian anak mama. fes skali jatuh katil, sampai kena simpan la katil mama tu. pakai je la tilam nk tido.. huhu. pastu jatuh depan pintu rumah dgn kereta racing nye tu. 2 kali jatuh tilam yg tebal giler tu. ish2... harap2 kimi tabah mengharungi dugaan ye dgn mama dan abah yg begini hehe. Kimi da pandai duduk da, da ada gigi kt bawah tu.. yelah, da 8 bulan lebih kan. ee.. sekejap masa berlalu, tak sabar nk tunggu kimi leh jalan. nak main kejar2 dgn kimi, skg ni main kejar2 kimi pakai kete racing, mama lari pakai kaki je, mane aci.. hehe. tapi mama tetap menang gak. sekang ni pantang masuk kete je, nak main stering. ee, jgn la contohi bape nye, giler kete sudahhh!!! k ar.. itu la perkembangan kimi tuk sekang ni. nanti jumpa lagi.... tata!!

Tuesday, July 7, 2009

Hai!!!!!!!!!!

Lama nye tak menulis dalam blog ni... sibuk ar, sekang wat bizs internet. nak tengok jual ape. pi la kat http://warungifa.blogspot.com Doakan la kejayaan saya yer.. hehe. Kimi sekarang da 7 bulan. Tido dia da makin lasak. kalo dia sorang kot, mesti da tergolek dari katil. kihkih.. kelakar tul anak mama tu.. da naik walker da. jalan pun da penuh satu rumah. mulut pun makin bising skg ni.. tak sabar jugak tgk dia da bleh jalan dan bercakap. mesti tak larat nk jaga.. ape pun, anak mama kan.. hehehe

Friday, June 5, 2009

I'm Back!!

Dah lama rasanya tak update blog ni. bila kwn tny br teringat nk update. sibukla sekang ni nk buka bizs ni. dalam perancangan. Harap2 jadi la ye. Amin. Terharu jugak bila mak bg modal sikit. Bukan sy mintak tau. tp sy anggap sbg simpanan jer untuk mak. kalo mak nak pakai boleh jer. Mencari market nk jual ape nii..???

Thursday, May 14, 2009

Sedih nye..

Baru tau keputusan ujian keusahawanan hr tu. cm ner la keputusan nye HRC tu...?? Adakah aku tak layak menjadi usahawan?? atau time tu aku jwp hentam kromo jer.. kawan2 ok jer keputusan nye.. kalo tak leh la ambik kursus biz plan lak. ee.. sedih rasanye. tp mungkin ada yang lebih baik datang kan. kiter kena fikir positif!! bukan senang nak menjadi orang yang berjaya!!! Ifa boleh!!!! ( naik semangat sendiri nampak... huhu )Semoga ada peluang yang lebih baik untuk ku mencari rezki yang halal. Amin.

Wednesday, May 6, 2009

Hari Keluarga ??

Semalam meeting bulanan bahagian pendidikan JKR selangor. Saya kena menguruskan hal hari keluarga ni.. aduyai, cm nor ni ??!! nasib baik staff tak ramai sangat. Tapi tak tau la nak buat kat mane? nak buat ape ? Ish..ish... kepada kawan2 yang punya idea hulur2 kan la pendapat anda yer.. hehehe.. Walaubagaimanapun saya akan menjalankan t/jawab dengan sebaik mungkin. Dan berharap sukses!! sukses!! Amin. Berdebar ni... tak penah arrange benda macam ni. selalu nye jadi tetamu terhormat jer. huhu...

Tuesday, April 28, 2009

Kimi Gelak!!


Anak mama kalau gelak.. cute sangat!! Kimi da pandai gelak bila orang sergah dia.. Bila orang terjatuh ke, dia pun gelak gak.. kecik2 da nakal. hehe.. Nakal je tau.. jahat2 tak mau.. tak mau.. kihkih. Anak mama ni macam mama dia, murah senyuman dan suka gelak2. Tapi panas baran pun ikut mak dia. kalau lambat buat susu dia, siap la dia punye teriak.. bleh runtuh flat 4 tingkat!! Sekejap je la.. sumbat susu, senyap la balik.

Friday, April 24, 2009

Semalam di PUNB

Sebelum tu, nak la cerita perjalanan pergi kesana. Saya naik komuter terus ke KL Sentral. berdebar pun ada. fes time pi KL Sentral ni. Lagipun da lama tak pi KL sorang2. dulu pi pun pasal ada interview. Sampai kt KL Sentral. ikut je la orang, tak tau jalan kuar kan. heheh.. malu nyer... pas tu, tanya la orang plaza sentral kat maner. nasib baik tanya pun, kalo tak sesat. bangunan dia kat sebelah jer. jalan la kaki. masih mengikut orang dan kata hati. sampai jugala ke destinasi. tujuan pergi sana dengar taklimat la pastu diorg bg ujian kesesuaian usahawan. macam periksa lak. tak tau la result nye lagi. kalo sukses satu step ni. ada can la ke step lagi.. hopefully sukses! tapi tak tau la, PUNB ni lebih kepada peruncitan la.. ingat nk buka taska. da survey macam2 da.. kena pikir balik ni. apa pun nak juga buka bisnes sendiri. tengok dulu test tu cam ner la. kepada kawan2 yang berminat leh tengok laman web diorg www.punb.com.my. pergi daftar dulu online, nanti diorg bagi surat datang ambik test.

Tuesday, April 14, 2009

Siannye anak mama

Dari jumaat lepas kimi demam. Tapi badan dia kejap panas. kejap ok. Tapi anak mama kalo demam tak de la meragam sangat. dia diam jer.. tak larat kot nak berborak2. nak main2. Muka masam jer.. Tp bila da baik. anak mama bleh gelak2 lagi.. tu yang best tu! Anak mama la kata kan.. ( baik semua anak mama la.. kih kih ) Demam nak besar kot. Risau gak bila badan dia panas jer. nasib baik peralatan kecemasan da sedia ada. hehe.. So semalam mama dan kimi cuti.. tak sampai hati nak bagi taska demam macam tu. Alhamdulilah skg da ok!

Monday, April 6, 2009

Harijadi Abah!

Hari nie 6/4/09 harijadi abah yang ke 31. Da tua dah abah.. hehehe. Mama tak beli pun hadiah ape2. Walaupun abah kata tak kesah, mama rasa macam tak best je tak beli hadiah atau tak sambut berday abah. Tahun lepas kita berdua pi honeymoon yg kedua masa berday abah. tak pi mana pun, kat melaka jer. Tahun ni tak dan la nk plan ape2. Sibuk jaga anak ( Hehehe..alasan ) InsyaAllah Thn dpn kita sambut ye bah. Mama doa kan abah sentiasa bahagia hidup bersama mama dan anak kita Kimi. Semoga kita sama2 jaga kimi sebaik yang mungkin yer abah. Di dunia dan di akhirat. Amin.

Friday, April 3, 2009

2 Hari kimi di Neseri.

Malam tadi kimi tido nyenyak nyer. Bes Sangat. Pagi-pagi bangun senyum jer. Malam pertama tu jer,meragam. Mungkin dia terkejut kot. Kena hantar kat situ. Sofar tengok dia ok la, makcik2 jaga tu ok jer. tak tau la da lama2 nnt. harap ok la cuma badan dia makin banyak beruam. takut gak. kalo makin teruk kena la bagi sabun sendiri. takut ntah ape2 sabun diorg pakai ntah..

Tuesday, March 31, 2009

Neseri ke Pengasuh??!!

Tensen nye.. hati ni rasa nak hantar anak ke pengasuh tapi abah nak hantar neseri, dekat kata nya. tapi kiter ni pikir anak tu tak selesa lak kalo hantar ke neseri. kesian kimi.. eee.. geram nye!! kat abah ni!! sabar je lah... akhir sekali cuba dulu pi hantar taska. tengok cam ner. takut bila pikir kan. harap tak de la ape2. mama memang salah kan abah 100% kalo jadi ape2 kat kimi. mama geram ni!! orang laki ni, ape yang di pikir pun tak tau. mentang2 la dia tak mengandungkan kimi tu 38 minggu. senang je la buat keputusan. ee.. buat mama tambah dosa jer abah ni tau! dah la dosa berbakul2 terkumpul ni, kurang nye tak, tambah tu ada! ( tengah mara pun sempat wat lawak.. huhu ) Tapi serius la. kesian bila pikir anak kena hantar neseri. kita tau la takkan sebaik dijaga oleh pengasuh. mungkin abah fed up hari tu hantar pengasuh, sebulan jer pengasuh tu jaga. pas tu pening nak cr pengasuh lagi. takpela.. mungkin ada hikmah nye kot. Nanti kimi jangan salah kan mama tau, marah kat abah tu!

Monday, March 23, 2009

Boringnye!!

Nak tau pasal ape ?? pasal semalam muka ayah macam muka orang tak dapat bonus 8 tahun bekerja. Masam gila!! ni mula nya pasal kitorang la. nak main2 tapi ayah da salah faham. ingat kitorang ngata ayah. tak de apa pun. Nak wat cam ner hati orang tua kan. sensitif sangat2. harap2 hari ni okla tu. malas da nak tatap muka gitu.. bayang kan je la!! ee.. ngeri.. memang insaf la.. tak nak main2 lagi. ayah, I'm Sori!! ( versi amir raja lawak ) heheh...

Friday, March 20, 2009

Nak pergi KD Puncak Alam

Semalam appoiment dengan KD ( Klinik Desa Puncak Alam ) untuk enjek kimi yang 3 bulan punye. Yo yo je bangun awal, mandikan kimi la. nak jadi kan cerita time nak bersiap tu, teringat la buku check up tertinggal rumah kat shah alam. ee... cam ner la boleh lupa benda penting tu!! terpaksa la abah balik shah alam pastu datang balik puncak alam. kesian abah.. tp nak wat cam nor. abah pun sampai dalam pukul 10 lebih gak. pastu pergila kd tu. habis2 dalam nak dekat pukul 12 gak. apa lagi.. tabiat malas pi keje pun membuak2 la. cakap dengan abah nak ponteng la. abah pun bersubahat menyokong mama supaya ponteng hehehe. tapi kan setiap kali kena enjek anak aku ni macam kena gigit semut je kot. tak nangis pun. kulit dia tebal kot. risau gak. anak org punye la melalak. mula-mula kena bcg pun tak nangis. boleh samb tido balik lak tu. mungkin dia macam kontrol macho kot depan orang. memang la tak nangis tapi balik je badan panas. nak demam la tu.. apa lagi bagi ubat la. kimi.. kimi.. huhu

Monday, March 16, 2009

Tayar oh Tayar..

HAri ni pi keje kuar awal. maklumla dari puncak alam. kol 6.15 pagi da kuar. gelap lagi. konon abah nak sampai tempat keje awal la.. Nak jadi kan cerita, tayar kete pecah.( tu la tak baca doa bila naik kete hehee.. ) pergila cari kedai tayar. macam biasala kedai tayar buka kedai kol 9 kan. berkampungla sekejap depan kedai tu. Tiba2 teringat masa nak kawin dulu. sebulan sebelum langsung la.. kete kesayangan abah tu buat perangai sampai 5 kali tayar pecah dalam sebulan. tu la orang tua cakap dugaan darah manis kan( heheh.. manis ke?? ) sabar je la.. Ada gak orang cakap kete ni bila da lama bersama, dia macam ada perasaan sikit. maklumla tuan dia nak kawin kan. jeles la tu kot.. hahah!!! ado??!! Ape2 ajer la.. janji da selamat pun kitorang. da kuar pun kimi.. hehehe..

Thursday, March 12, 2009

Penat Rasa nya..

Sekarang ni berulang dari puncak alam sebab bagi mak jaga kimi. Rasa penat la. jauh dari tempat kerja. keluar keje gelap, balik keje pun gelap gak. mana tak nye, keluar keje kol 6.30 pagi. balik kol 7 lebih. tu pun abah slalu lambat jer masuk keje. saya la yang awalnye. nasib baik pak guard datang awal. kalo tak saya la yang kena buka gate suk ni. huhu.. menteri pun tak datang awal cam ni. tu la yang rasa letih nye. Tapi bila balik keje jumpa kimi, hilang penat. lagi seronok bila dia pun da pandai borak2. macam la orang faham cakap dia. buat2 paham je la. hehe..

Thursday, March 5, 2009

Tolong...

Semalam mak kawan ku bagitau tak nak jaga kimi lagi lepas ni pasal tak larat nak jaga cucu dia sekali kan. Cam ner ni, saper nak jaga kimi lak lepas ni. Risau nyer nak bagi neseri. macam nak jaga jer sendiri tp kena keje gak. Tolong..!! Help!!! aduyai.. migrain datang lagi la ni..

Monday, March 2, 2009

Aduh!! Sakit Kepala!!

Semalam migrain ku datang lagi. Tensen tol la kalo sakit kepala ni, makan je muntah2, minum pun muntah la.. nasib baik anak mama tak de buat hal sangat. Mungkin tido tak cukup sepanjang minggu lepas kan. Bila abah nampak mama tak sihat, Malam tadi abah offer kan diri tidokan kimi. best nye... mama pun tido la. sakit kepala ni ubat nya tido jer lepas makan ubat. Tapi pagi ni sakit gak lagi, sikit2. cuba jer makan. kalo perut kosong kang masuk angin lak. Harap2 ok la nanti.

Thursday, February 26, 2009

Kimi oh kimi...

Dah 2 malam kimi susah nak tido malam.. tak tau kenapa. bukan 2 malam ni jer. lagi minggu lepas dia da meragam. mungkin memang biasa kot baby susah nak tido malam sebab da tido siang lama. Maka mama pun da 2 hari la datang keje dengan mata merah.. tido sejam dua jer. dah macam serigala mata ni ha. nasib baik kat ofis leh tido..
kalau tak mau pengsan 2 hari tak cukup tido.. Abah bleh la gak tido kat sofa tu tapi kesian gak kat abah. kat tempat kerja langsung tak leh tido. so, bagi can la abah tido lebih sikit dari mama. walaupun sakit gak hati ni bila dengar abah berdengkur tido. nyenyak nye... sedangkan mama tengah 'overtime' dengan kimi. Itulah kehidupan setelah bergelar ibu kan ? harap2 kimi ingatla pengorbanan mama ni. Dan ku sedar juga pengorbanan ibu ku dulu. macam tu la bila menjaga ku semasa kecik agaknye. Harap2 malam ni, boleh la kimi tido dengan lena hendaknya.. Amin.

Monday, February 23, 2009

Alkisahnya..


Ini gambar masa kimi 2 hari. Masa ni nak check out dari hospital da.. Nak citer la sikit pengalaman bersalin sulung ni. Mula2 pi hospital serdang tu, nk buat chk up je. perut da banyak kali kontraksikan. kandungan masa tu da 38 minggu da. lepas chk2 tu, saya dapati ada darah tinggi. takdelah kritikal. tp kalau nak bersalin masalah la kot. di pendekkan citer, kenala tahan wad. lepas 3 hr dalam wad tu, doktor tgk bacaan kejap naik kejap turun, doktor suh gak kuarkan baby. masuk la saya dalam bilik bersalin dari pukul 9 malam la lebih kurang. doktor masukan induce suh gesa buka pintu rahim. masa tu br 3 cm. 12 jam gak la saya dalam tu, sakitnya toksah citer la, tuhan jer tahu. dah 12 jam pun buka paling besar 5 cm jer.. sampai kol 9 pagi besoknyela.. doktor nak buat operate. masa tu saya berserah jer, pasal da sakit sangat kan. masuk la dalam bilik operation. berdebar jugak, tp berserah jer. harap baby selamat jer. Alhamdulilah 10.40 pagi, kimi kuar. masa tu seronok sangat tp takleh wat ape dulu, tengah sejuk giler dalam tu. Masuk balik dalam wad kakak dengan suamiku sedang menunggu. kimi kat sebelah tengah tido. nasib baik la 2 malam kimi kat hospital dia tak nangis sangat. Tp lepas operate nak bangun seksanye la. tp saya bahgia lihat kimi kat sebelah. sejuk jer tgk muka dia. Masa untuk check out.. Bayangkan la dok hospital 6 hari, dengan makanan nye kategori boleh la.. ( kalau kat Gaza itu pun org da bersyukur da, kiter ni lagi nk memilih.. hehe )Memang tak sabar rasanye nak balik rumah. Abah datang lambat lak masa tu, rasa macam nak marah jer.. tp kesian kat abah. dah la tak tido berapa hari da. pas tu berulang dari puncak alam ke shah alam pastu ke serdang lak. Nasib baik abah tak pengsan kan. Biler da kuar rasa macam kuar dari penjara la.. syoknyer tapi sakit lagi.. nk berdiri pun kena abah pimpin kan. nak berjalan lagi la.. maklum la bersalin operate kan. Sesiapa yang pernah merasa jer tahu. Saya harap lepas ni dapat la bersalin normal. kalau boleh, tak nak la operate lagi.. hu hu

Thursday, February 19, 2009

Mula kerja

5/2/09 dah mula kerja selepas 2 bulan cuti berpantang.. Nak stat rasa malas jer. maklumla da 2 bulan memerap kat rumah kan. Hari pertama kerja la, hari pertama terpisah dengan anak untuk beberapa jam. terasa rindu sangat kat dia. tak sabar nak balik.. jumpa anak. Baru la ku tahu rasa bila dah ada anak ni. Tau la bagaimana perasaan ibu ku semasa melahirkan dan menjaga ku semasa kecil. Walaupun pelbagai dugaan, tetap tunai kan tanggungjawap sebagai ibu sepenuhnya. Insaf la jugak.. Selama ni, kiter selalu mengabaikan pergorbanan seorang ibu. Bila da kena batang hidung sendiri. Lu Pikir La Sendiri!! huhu...

Wednesday, February 18, 2009

Hepi anNiVersary!!

10 Februari amat bermakna bagi kami suami isteri sebab.... hari anniversary kitorg. Untuk tahun 2009 ni yg pertama la. Tapi tak de plan yang besar2 pun.. makan spesel kat luar jer. Lagi spesel sempena ulangtahun pertama ni, kitorang dah ada kimi.. so kitorang sambut bertiga walaupun time makan kimi tido jer pun. Dia pun tak faham lagi mama ngan abah dia sambut apa pun hehehe.. Untuk suamiku, Hepi Anniversari abah.. Mama harap rumah tangga kiter diberkati Allah selalu dan berbahagia sampai bila2 ye bah. Sama2 la kita besar kan kimi dan mama nak kimi jadi orang yang berjaya tapi jangan ingat di duniawi jer, di akhirat kena ingat jugak tau. Dan yang penting kimi jangan lupa mama dan abah bila kimi da besar nanti tau. ( ada ke lagi blog ni bila kimi besar nanti ek?? huhuhu.. ). Terima kasih kerana abah jaga mama time mama sakit bersalin hari tu. Mama takkan lupa sampai bila dan mama tak lupa pengorbanan abah selama ni. Mama sayang abah. Mama minta maaf selama jadi isteri abah mama ada buat silap dan sakit kan hati abah ek ( Macam raya la plak... )