Tuesday, December 29, 2009

Kimi da boleh jalan..!!

Nak upload video Kimi berjalan........ Tapi tak dapat upload. Ahhh!!! tension!! Masa tu adik abah datang. Dia rakam tu, masa Kimi baru bertatih berjalan. Sekarang ni Kimi da Setahun 3 minggu. Jalan pun masih lagi vibrate2 gitu.. huhu. Tapi lama2 ok la tu. Lepas ni siap sedia la. Orang cakap, bila budak da dapat kaki.. tunggula kenikmatan keganasannye. Minggu ni, Kimi dijaga oleh atuk, nenek dan kakak tasha. Semalam tinggal so far ok la. gembira tengoknye. serasi la tu dengan kakak tasha nye tu. Tapi yang tak bestnye, ada ke patut bagi Kimi makan maggi?? Kan tak elok untuk kesihatan tu... Nak cakap kang, terasa pulak orang tua. takpela, sikit je kot. Tu yang semalam taik nye keras tu. macam taik kambing.. huhu. Harap2 takde pe2 lagi. Memang seronok dia dok dengan atuknye tu. Orang layan dia sorang je. Kalau kat taska tu, budak ramai, penjaganye 3 kerat jer.. Mana nak layan sangat dia tu. Sekarang ni, dia suka gelak2. Tapi bab gelak tak sempat nak rakam. Bila nak tangkap gambar je, dia buat muka serius. Geram nengok nye... Semalam pergi interview, tak tau la ape cer. kalau baik untuk saya, dapatla kot. kalau tak, takde rezki dan mungkin tak baik untuk saya kan. Saya redha jer dan berusaha untuk dapat kerja yang terbaik untuk keluarga mama. Yang mama risau, Kimi da setahun lebih, tapi tiada planning ape2 untuk future. Bagaikan hidup tanpa haluan nye... Dan kerja tungku lumus for nothing!!! Habis duit begitu sahaja, dan masa terus berlalu dan berlalu.... Sekarang tengah mengandung yang kedua. Ya Allah! Ko beri kan petunjuk ke jalan yang benar kepada hamba Mu yang lemah ni. Semoga ana tabah mengharungi dugaanMu dengan tenang. Itulah tanda kasih sayangMu yang tiada tandingannye. Berkati lah rezki ana, rezki suami ana dan kehidupan ana didunia ini Ya Allah! Ampuni dosa hambaMu yang sering lupa dan alpa dengan larangan mu Ya Allah! Sesungguhnya ko Maha Pengampun Dan Maha Mengasihani! Amin..

Monday, December 21, 2009

Kimi Da Pandai...

Sekarang ni, Kimi da pandai bangun sendiri. Nanti, da boleh jalan la tu. Boleh la naik tangga sendiri ek. Mama tak larat nak dukung Kimi da.Huhu... Slalu abah pun yang jadi mangsanye. Mama slender la.. tercabut lutut mama. Tapi mama tak sabar nak tunggu anak mama pandai cakap. Sekarang ni pun da bising, apatah lagi kalo da pandai cakap nanti. Yang paling best, kimi bila buat sesuatu yang dia rasa salah. Dia takut2 jer. cepat2 lari ( merangkak la.. ). Hari tu dia jatuh kan baldi kecik kat umah tu. Cepat2 dia lari kt mama dia. sambil2 nangis. kelakor tengok. maknanya dia tau la yang dibuat tu salah. Tu sebab dia takut. Tapi sekarang memang terasa letih tul jaga dia. Maklum la, dah la ada sorang lagi dalam perut ni. badan ni rasa penat jer. lagi kalo sorg2, nak angkat dia bawak pi bilik air pun, dah tak larat. Las Check Kimi da 8.1 kg. Nurse cakap ok la. Normal. Belum tahap obes atau kurang zat. Meragam dapat adik lagi la.. huhhhh!!! Penat giler ar... Akhir bulan ni ingat nak pi scan. Tak tau nak pi chk up kat klinik Soraya tu ke, klinik kesihatan. Klinik Kesihatan bagus jugak, macam details dia nak tahu. tapi tak tahan nak tungggggguuuu............... Rasa macam nak lempang je nurse yang depan kaunter tu. hahah... garang giler! yelah.. penat lah tunggu ni. Klinik Soraya ok jugak. sedia kan pulus je la.. tapi boleh claim. takde hal. Tengok la cam ner.

Mengandung kali ni, rasa mual2 lebih sikit. tak macam yg fes tu, relax sikit. Yang ni pun ok, tapi cepat letih, mual2 tu je la kot. so far... Apapun, mama tak sabar nak lahir kan adik Kimi ni. Harap kali ni, boleh la bersalin normal. Amin....

Wednesday, December 16, 2009

Family Day... @ PD







Alhamdullilah... family day yang berlangsung pada 12 & 13 Disember lalu agak berjaya la gak... walaupun ada sikit kelam kabut nye. mane tak nye project manager pun kelam kelibut gak.. hehe. Ni la gambar2 sikit yang saya uploadkan untuk tatapan umum. tak banyak games yang dpt ambik gambar, mane tak nye, semua orang syok main. tak hingat da nak ambk gambar, huhu. Bagi saya orang seronok. saya pun seronok la. Cuma ada sesetengah bilik yang bermasalah tu, tak dapek la nak nolong. saya nyer pun ada gak sikit masalah bilik airnye. mmm.. redha jela..

Wednesday, December 9, 2009

Hepi Berday To Mama!!

huhu... Sian nye.. macam tak de org wish berday jer, buat wish sendiri. kihkih.. Takdela, sajer je. Tapi sedih gak abah tak wish berday kt mama pun. Dia ingat tu, tapi biasala, laki ni kadang2 benda2 remeh macam tu susah nak buat. Bagi dia remeh la, bagi kiter kan tu satu yang kiter banggakan, yang mengembangkan hidung kiter, ape2 la... mmm, nak wat cm nor, laki aku gak... Berday Kimi Isnin lepas. Dapatlah hadiah dari nenek,atuk dia dengan sepupu poyo dia.. kakak tasya. huhu.. Mama takde pun hadiah, mane aci ni.. kihkih.. Da tua pun, tak yah lah. Semoga anak mama jadi anak yang soleh dan ingat mama ngan abah selalu tau. Semoga anak mama berjaya dunia dan akhirat bila da besar nanti. apa2 pun, mama ngan abahla yang kena didik Kimi supaya berjaya kan. Tp bila Kimi da besar pandai2 la fikir sendiri tau, mane baik, mane buruk. Mama pun harap dapat mendidik Kimi supaya jadi anak yang baik. yelah, sape taknak yang terbaik kan.InsyaAllah, Dengan izinNya, impian mama tercapai. Semalam Kimi demam lagi. Kenapa ye slalu demam2. Ksian tul biler nk bagi ubat. Tapi nak wat cm ner. Da mcm2 cara buat da. Takpela, harap2 jangan sampai kritikal sudahla. Harap2 lepas setahun ni, kurang la sikit demam nye yer. Amin.
Hakimi sekarang da nak berdiri sendiri. da tinggi dia angkat buntutnye. Tapi terduduk balik. lama2 ok la tu kot. berjalan da boleh, tapi dia takut2 lagi. kalau orang dirikan dia, dah boleh berdiri sendiri da. Tapi takut2 lagi. Minggu ni nak pi PD. Family day ofis. Harap ape yang dirancang sukses!! kihkih.. banyak rintangan tu. Ape2 pun mama nak bawa Kimi mandi swimming pool. mesti kimi suka main air. Tapi tak boleh lama2 tau, nanti demam lak. Dah lama kitorang tak bercuti pun. k la cau...