Thursday, December 16, 2010

Temuduga SPA

Hari ini ada interview kat Putrajaya. Jawatannya Pembantu Tadbir N17 bawah SPA. Seram sejuk jugak tau walaupun masuk yang ini da 4 kali interview. Harap2 dapat la yer. InsyaAllah kalau ada rezeki. Alhamdulillah takde la lama sangat tunggu. Bila masuk dalam tu, macam biasa la, sila kenalkan diri. Apalagi dengan panjang lebar nya aku bagitau, dari hal diri sendiri, mak bapak, suami dan hal sekolah. Yang kelakarnya, dari sekolah rendah sampailah ke universiti di Shah Alam sahaja. Hehehe...

Alhamdulilah, takde soalan yang sukar untuk di jawap, cuma lupa nak tgk nama ketua pengarah KKR!!! Hahahaha!! Tak terfikir langsung nak tgk, so dia gelakkan saya la, tak tau, dahla kerja di JKR. Adushh!!! Mintak2la dia tak ambik pot sangat huhu.. Yang lain, dia tanya tugasan2 N17, nama menteri kerja raya, dan soalan umum pendapat kita mengenai barangan buatan malaysia.Hentam sajalah labu.. asalkan jawapannya tu relevan dan yakin!

Friday, December 10, 2010

Cerita lama yang terakhir.

Ni gambar-gambar Haziq masa umur 2 hingga 4 bulan yang sempat di ambil. Maaf yer sayang, mama tak sempat nak upload gambar sayang dan update blog untuk sayang kat sini.





Ni la anak mama, Lebai Haziq. Hehe...



Masa ni Haziq umur 2 bulan lebih. Dia senyum masa tido. Tengah mengigau la ni. Macam abangnye jugak.



Masa ni Haziq masih lagi 2 bulan lebih kot. Semangat dia masa ni. Memang sebulan dia naik 2 kg pun. Terkezut gak. Takpela, anak mama sihat kan..



Masa ni Haziq genap 4 bulan! Dia da boleh golek2. Huhu..



Sedap nye anak mama nyonyot tgn dia. Masa ni, mama dia baru potong rambut dia. Kalau tak panjang sgt. Rimas nye. Macam ni baru la hensem. Hehe..

Muka abang pun nak selit gak ar... Abang botak!



Tak plan pun nak botak kan rambut nya ni. Selalu pendek kat tepi jer. Hari tu orang tu kasi mesin semua rambut dia. Dah jadi gondol ni ha. Tak suka la! Muka macam budak nakal jer.. ( Macam la tak nakal hehe.. )

Boring pulak citer benda2 lama ni kan. Macam da basi jer. Orang nak yang terkini. Kihkih.. Okla ni last citer yang backdated.

Friday, December 3, 2010

Haziq Sebulan

Sebelum tu, nak citer skit pasal Haziq kena demam kuning yang tinggi. Masa kena ni, Haziq baru 5 hari kot. Macam tu la. Masa nurse klinik desa puncak alam, suh pi klinik kesihatan meru. Abah nye keje masa tu. Malam tu pi la klinik belakang jer. Result nye dapat besoknya.

Pastu besoknye, result darah tu adalah dalam 200 lebih jer. so takde la kritikal sangat. Tapi masa nurse tengok kuningnya nak dekat sampai kaki. Nurse cakap.."Kena pi klinik kesihatan jugak ni.." Telefon la abah, bawak pi Haziq ke Klinik Kesihatan Meru. Sampai je kat sana, nurse ambik darah. And resultnya... Emergency!!!!! Kena pi Hospital sekarang jugak!!! Dah jadi 400 lebih!!! ADDDuhhhh!!! Pergila hospital yang terdekat, Hospital Klang!! Argghh!! Tak pernah pi hospital ini, terpaksalah demi menyelamatkan anak ku.

Sampai kat sana nurse ambik darah lagi. Nak tahu, darah nya dah jadi 589 hampir 600!!! Haziq KENA TUKAR DARAH!! Amat menakutkan detik tu, kena tukar darah?? Darah saper?? Doktor cakap darah kat hospital tu. Ha??!! Darah saper tu?? Macam2 bermain di fikiran, air mata tok sah cakap la, mengalir macam sungai klang!! Anak aku nak kena operate!! Kesiannya anak sekecil tu, kena menghadapi keadaan begini!! Hampir pukul 7 petang masa tu, lepas dapat darah, diorang terus operate Haziq. Diorang bagitau dulu procedure nya and bla bla... Tak kisah la. Asalkan anak aku selamat. Sepanjang operate, kesian tengok Haziq menangis jer, mana tak nye mestila sakit. Tak sampai hati nak tengok, dok tepi tu, menangis jer sampai mata bengkak!! Tu la, takut sangat anak masuk wad la, sekarang ni, dah sampai kena tukar darah la. Doktor cakap kalau tak tukar darah masa tu, darah kuning tu akan masuk ke kepala dan urat saraf akan rosak. Mungkin akan menyebabkan kekejangan dan macam2 la. Tak leh nak cakap. Takuuutt...

Habis operate dalam pukul 10 malam lebih. Doktor suruh balik dulu, sebab masa tu dia tak leh minum ape2 lagi. sampai besok. Kesian nya lepas operate tu. Sedu2 dia.. dengan pusat dia kena potong. EE... Tak leh citer la..

Besoknya dalam pukul 3 pagi lebih, nurse telefon kata tak turun lagi. Ibu kena bagi darah sikit. Dengan misat2 nya pi la hospital pukul 4 pagi tu. Dengan kain batik pi sana. Lantak la. Sepanjang jalan dalam hati tak henti2 zikir. Doakan Haziq selamat. Sampai kat sana. Nurse check balik, darahnya da ada turun dan tak bahaya lagi. Leggaaa....... Tapi ambil juga darah untuk stand by. Dugaan.. dugaan..



Gambar ni masa dalam hospital Klang tu. Haziq kena tahan dalam tu lebih kurang 6 hari jugak. 3 hari jugak mamanya tido sana sekali. Walaupun ngeri nak tido kat sana tu. Terpaksala.. demi anak. Alhamdulillah, semua da pulih seperti sedia kala. Masa ni Haziq tengah tutup telinga sebab anak orang sebelah tu asyik nangis jer. Huhu.. Tengok tangan dia, bengkak2 kena cucuk dengan doktor.



Amboi anak aku, sebulan pun tido tanpa dibedung! Huhu.. Mana tak melasak tidonye sama ngan abang sekang ni.



Masa ambik gambar ni, mertua kat kampung nak tengok gambar nya. Pakai web cam kat laptop jer. Hehe..