Besok nye ( 10hb Julai 2010 ), hari Sabtu. Abah nak datang dengan mak dan ayah. Konfem je boleh balik hari tu. Pagi tu doktor check, kalau takde masalah, dah boleh balik. Kena siapkan dokumen dan check ape2 la lagi.Pagi tu, nurse mandikan Haziq. Lepas tu, dia tido dengan lena nya. Sebab semalaman tak tido kot. Lepas mandi lak tu.

Tengokla, sedap btol dia tido, sampai ternganga mulutnye. Huhu...
Mamanye perut da lapar. Thari tu ada ke diorang bagi lauk telur rebus sambal. Giler hapo!! Memang tak la makan. Kena la tunggu abah datang untuk menapau makan ape yang patut. Nasib baik ada biskut masa tu. Masa tunggu tu, doktor check 'bawah' tu lagi sekali. Siap tekan2 lagi, nak tengok jahitan kot. Siap cakap, "..jahitan cantik la. Siapa yang jahit?" Sabar je la. Mana tau doktor bawah tu ape namanye. Just describe muka dia jer. Cantik ke??!! Huhu.. So far semua ok. Petang jugak la baru boleh balik. Dalam pukul 6 lebih. Dah nak maghrib da. Ntah ape2 ntah diorg ni. Lembab gilerrrzzzz!!!
Sebelum balik rumah mak, kitorang singgah umah kakak dulu. Nak ambik anak mama sorang tu. Sian dia.. Masa first jumpa dia tu. Dia buat muka Pelik. "..saper budak yang dok dengan mama aku ni?? " "Hish! Kenapa tak boleh duduk dengan mama ni??!! " Mungkin itula, dalam fikiran dia kot. Dah la kena tinggalkan seminggu, balik2, ada adik ??? Bermulalah episod ..Hakimi yang cemburu... Hehe!!
No comments:
Post a Comment