Tuesday, November 30, 2010

Selepas Hakimi Jadi Abang.

Adala Teman untuk meraging dikala kelapangan..




Adalah Teman Tido nye... Walaupun adiknya menjadi bantal peluk.. huhu



Saper Encem.. ??? Hehehe.. Anak2 mama dua2 encem la.. Tengok mama dia ar.. kihkih.

Selepas Bersalin..

Selepas bersalin tu, kol 12 tengah malam baru naik wad 5E balik. Kesian abang tunggu lama giler. Sori bang, bukan salah mama tau. doktor tu jahit lama giler. Ha! Nak citer skit masa dia jahit tu, peh.. bius dia kat dalam jer. Kat luar tu tak bius beb. Terasa la kulit2 kena jahit tu, ngilu,geli,sakit semua ada. Si Haziq da melalak kat luar tu. Kena mandi. Lepas mandi tu, diorang bagi letak kat sebelah. Dia da penat da, tido sambil sedu2 pasal nangis tadi. Hehe.. Sian anak mama. Lepas da masuk wad tu, Haziq pun kat dalam tempat baby. Haziq masa tu, boleh tahan la kuat nangis nye. Tak macam abang nye, keluar diam jer. Tapi nasib baik la normal. Boleh la gerak2. Letak kan dia kat sebelah, sambil bagi susu badan kat dia. Tapi dia tersedar2, pasal sedu2 dia tak hbs lagi. Dalam kol 2 pagi gitu, saya dah pi bilik air sendiri, tukar pad. Tak selesa betul pakai pad hospital ni. Rasa tak terurus. Walaupun rasa nak pitam ( sebab kuar darah banyak )perlahan-lahan la jalan. Selesaila jugak, walaupun darah menitik2 dekat katil tu. Lepas tu, boleh la tido dengan baby kat sebelah. Abah nye pun dah balik, sebab tak leh lama kat situ, dah pukul 1 pagi kan. Malam tu, Haziq tak dapat tido lena lagi. Masih terkejut2. Alhamdullilah. Nasib baik dia pandai hisap susu. Ada orang cakap, ada budak yang tak reti nak hisap susu terus kan.

Besok nye ( 10hb Julai 2010 ), hari Sabtu. Abah nak datang dengan mak dan ayah. Konfem je boleh balik hari tu. Pagi tu doktor check, kalau takde masalah, dah boleh balik. Kena siapkan dokumen dan check ape2 la lagi.Pagi tu, nurse mandikan Haziq. Lepas tu, dia tido dengan lena nya. Sebab semalaman tak tido kot. Lepas mandi lak tu.


Tengokla, sedap btol dia tido, sampai ternganga mulutnye. Huhu...

Mamanye perut da lapar. Thari tu ada ke diorang bagi lauk telur rebus sambal. Giler hapo!! Memang tak la makan. Kena la tunggu abah datang untuk menapau makan ape yang patut. Nasib baik ada biskut masa tu. Masa tunggu tu, doktor check 'bawah' tu lagi sekali. Siap tekan2 lagi, nak tengok jahitan kot. Siap cakap, "..jahitan cantik la. Siapa yang jahit?" Sabar je la. Mana tau doktor bawah tu ape namanye. Just describe muka dia jer. Cantik ke??!! Huhu.. So far semua ok. Petang jugak la baru boleh balik. Dalam pukul 6 lebih. Dah nak maghrib da. Ntah ape2 ntah diorg ni. Lembab gilerrrzzzz!!!

Sebelum balik rumah mak, kitorang singgah umah kakak dulu. Nak ambik anak mama sorang tu. Sian dia.. Masa first jumpa dia tu. Dia buat muka Pelik. "..saper budak yang dok dengan mama aku ni?? " "Hish! Kenapa tak boleh duduk dengan mama ni??!! " Mungkin itula, dalam fikiran dia kot. Dah la kena tinggalkan seminggu, balik2, ada adik ??? Bermulalah episod ..Hakimi yang cemburu... Hehe!!