Thursday, February 26, 2009

Kimi oh kimi...

Dah 2 malam kimi susah nak tido malam.. tak tau kenapa. bukan 2 malam ni jer. lagi minggu lepas dia da meragam. mungkin memang biasa kot baby susah nak tido malam sebab da tido siang lama. Maka mama pun da 2 hari la datang keje dengan mata merah.. tido sejam dua jer. dah macam serigala mata ni ha. nasib baik kat ofis leh tido..
kalau tak mau pengsan 2 hari tak cukup tido.. Abah bleh la gak tido kat sofa tu tapi kesian gak kat abah. kat tempat kerja langsung tak leh tido. so, bagi can la abah tido lebih sikit dari mama. walaupun sakit gak hati ni bila dengar abah berdengkur tido. nyenyak nye... sedangkan mama tengah 'overtime' dengan kimi. Itulah kehidupan setelah bergelar ibu kan ? harap2 kimi ingatla pengorbanan mama ni. Dan ku sedar juga pengorbanan ibu ku dulu. macam tu la bila menjaga ku semasa kecik agaknye. Harap2 malam ni, boleh la kimi tido dengan lena hendaknya.. Amin.

Monday, February 23, 2009

Alkisahnya..


Ini gambar masa kimi 2 hari. Masa ni nak check out dari hospital da.. Nak citer la sikit pengalaman bersalin sulung ni. Mula2 pi hospital serdang tu, nk buat chk up je. perut da banyak kali kontraksikan. kandungan masa tu da 38 minggu da. lepas chk2 tu, saya dapati ada darah tinggi. takdelah kritikal. tp kalau nak bersalin masalah la kot. di pendekkan citer, kenala tahan wad. lepas 3 hr dalam wad tu, doktor tgk bacaan kejap naik kejap turun, doktor suh gak kuarkan baby. masuk la saya dalam bilik bersalin dari pukul 9 malam la lebih kurang. doktor masukan induce suh gesa buka pintu rahim. masa tu br 3 cm. 12 jam gak la saya dalam tu, sakitnya toksah citer la, tuhan jer tahu. dah 12 jam pun buka paling besar 5 cm jer.. sampai kol 9 pagi besoknyela.. doktor nak buat operate. masa tu saya berserah jer, pasal da sakit sangat kan. masuk la dalam bilik operation. berdebar jugak, tp berserah jer. harap baby selamat jer. Alhamdulilah 10.40 pagi, kimi kuar. masa tu seronok sangat tp takleh wat ape dulu, tengah sejuk giler dalam tu. Masuk balik dalam wad kakak dengan suamiku sedang menunggu. kimi kat sebelah tengah tido. nasib baik la 2 malam kimi kat hospital dia tak nangis sangat. Tp lepas operate nak bangun seksanye la. tp saya bahgia lihat kimi kat sebelah. sejuk jer tgk muka dia. Masa untuk check out.. Bayangkan la dok hospital 6 hari, dengan makanan nye kategori boleh la.. ( kalau kat Gaza itu pun org da bersyukur da, kiter ni lagi nk memilih.. hehe )Memang tak sabar rasanye nak balik rumah. Abah datang lambat lak masa tu, rasa macam nak marah jer.. tp kesian kat abah. dah la tak tido berapa hari da. pas tu berulang dari puncak alam ke shah alam pastu ke serdang lak. Nasib baik abah tak pengsan kan. Biler da kuar rasa macam kuar dari penjara la.. syoknyer tapi sakit lagi.. nk berdiri pun kena abah pimpin kan. nak berjalan lagi la.. maklum la bersalin operate kan. Sesiapa yang pernah merasa jer tahu. Saya harap lepas ni dapat la bersalin normal. kalau boleh, tak nak la operate lagi.. hu hu

Thursday, February 19, 2009

Mula kerja

5/2/09 dah mula kerja selepas 2 bulan cuti berpantang.. Nak stat rasa malas jer. maklumla da 2 bulan memerap kat rumah kan. Hari pertama kerja la, hari pertama terpisah dengan anak untuk beberapa jam. terasa rindu sangat kat dia. tak sabar nak balik.. jumpa anak. Baru la ku tahu rasa bila dah ada anak ni. Tau la bagaimana perasaan ibu ku semasa melahirkan dan menjaga ku semasa kecil. Walaupun pelbagai dugaan, tetap tunai kan tanggungjawap sebagai ibu sepenuhnya. Insaf la jugak.. Selama ni, kiter selalu mengabaikan pergorbanan seorang ibu. Bila da kena batang hidung sendiri. Lu Pikir La Sendiri!! huhu...

Wednesday, February 18, 2009

Hepi anNiVersary!!

10 Februari amat bermakna bagi kami suami isteri sebab.... hari anniversary kitorg. Untuk tahun 2009 ni yg pertama la. Tapi tak de plan yang besar2 pun.. makan spesel kat luar jer. Lagi spesel sempena ulangtahun pertama ni, kitorang dah ada kimi.. so kitorang sambut bertiga walaupun time makan kimi tido jer pun. Dia pun tak faham lagi mama ngan abah dia sambut apa pun hehehe.. Untuk suamiku, Hepi Anniversari abah.. Mama harap rumah tangga kiter diberkati Allah selalu dan berbahagia sampai bila2 ye bah. Sama2 la kita besar kan kimi dan mama nak kimi jadi orang yang berjaya tapi jangan ingat di duniawi jer, di akhirat kena ingat jugak tau. Dan yang penting kimi jangan lupa mama dan abah bila kimi da besar nanti tau. ( ada ke lagi blog ni bila kimi besar nanti ek?? huhuhu.. ). Terima kasih kerana abah jaga mama time mama sakit bersalin hari tu. Mama takkan lupa sampai bila dan mama tak lupa pengorbanan abah selama ni. Mama sayang abah. Mama minta maaf selama jadi isteri abah mama ada buat silap dan sakit kan hati abah ek ( Macam raya la plak... )