Thursday, February 26, 2009

Kimi oh kimi...

Dah 2 malam kimi susah nak tido malam.. tak tau kenapa. bukan 2 malam ni jer. lagi minggu lepas dia da meragam. mungkin memang biasa kot baby susah nak tido malam sebab da tido siang lama. Maka mama pun da 2 hari la datang keje dengan mata merah.. tido sejam dua jer. dah macam serigala mata ni ha. nasib baik kat ofis leh tido..
kalau tak mau pengsan 2 hari tak cukup tido.. Abah bleh la gak tido kat sofa tu tapi kesian gak kat abah. kat tempat kerja langsung tak leh tido. so, bagi can la abah tido lebih sikit dari mama. walaupun sakit gak hati ni bila dengar abah berdengkur tido. nyenyak nye... sedangkan mama tengah 'overtime' dengan kimi. Itulah kehidupan setelah bergelar ibu kan ? harap2 kimi ingatla pengorbanan mama ni. Dan ku sedar juga pengorbanan ibu ku dulu. macam tu la bila menjaga ku semasa kecik agaknye. Harap2 malam ni, boleh la kimi tido dengan lena hendaknya.. Amin.

No comments:

Post a Comment