Tuesday, December 29, 2009

Kimi da boleh jalan..!!

Nak upload video Kimi berjalan........ Tapi tak dapat upload. Ahhh!!! tension!! Masa tu adik abah datang. Dia rakam tu, masa Kimi baru bertatih berjalan. Sekarang ni Kimi da Setahun 3 minggu. Jalan pun masih lagi vibrate2 gitu.. huhu. Tapi lama2 ok la tu. Lepas ni siap sedia la. Orang cakap, bila budak da dapat kaki.. tunggula kenikmatan keganasannye. Minggu ni, Kimi dijaga oleh atuk, nenek dan kakak tasha. Semalam tinggal so far ok la. gembira tengoknye. serasi la tu dengan kakak tasha nye tu. Tapi yang tak bestnye, ada ke patut bagi Kimi makan maggi?? Kan tak elok untuk kesihatan tu... Nak cakap kang, terasa pulak orang tua. takpela, sikit je kot. Tu yang semalam taik nye keras tu. macam taik kambing.. huhu. Harap2 takde pe2 lagi. Memang seronok dia dok dengan atuknye tu. Orang layan dia sorang je. Kalau kat taska tu, budak ramai, penjaganye 3 kerat jer.. Mana nak layan sangat dia tu. Sekarang ni, dia suka gelak2. Tapi bab gelak tak sempat nak rakam. Bila nak tangkap gambar je, dia buat muka serius. Geram nengok nye... Semalam pergi interview, tak tau la ape cer. kalau baik untuk saya, dapatla kot. kalau tak, takde rezki dan mungkin tak baik untuk saya kan. Saya redha jer dan berusaha untuk dapat kerja yang terbaik untuk keluarga mama. Yang mama risau, Kimi da setahun lebih, tapi tiada planning ape2 untuk future. Bagaikan hidup tanpa haluan nye... Dan kerja tungku lumus for nothing!!! Habis duit begitu sahaja, dan masa terus berlalu dan berlalu.... Sekarang tengah mengandung yang kedua. Ya Allah! Ko beri kan petunjuk ke jalan yang benar kepada hamba Mu yang lemah ni. Semoga ana tabah mengharungi dugaanMu dengan tenang. Itulah tanda kasih sayangMu yang tiada tandingannye. Berkati lah rezki ana, rezki suami ana dan kehidupan ana didunia ini Ya Allah! Ampuni dosa hambaMu yang sering lupa dan alpa dengan larangan mu Ya Allah! Sesungguhnya ko Maha Pengampun Dan Maha Mengasihani! Amin..

No comments:

Post a Comment