Wednesday, February 18, 2009

Hepi anNiVersary!!

10 Februari amat bermakna bagi kami suami isteri sebab.... hari anniversary kitorg. Untuk tahun 2009 ni yg pertama la. Tapi tak de plan yang besar2 pun.. makan spesel kat luar jer. Lagi spesel sempena ulangtahun pertama ni, kitorang dah ada kimi.. so kitorang sambut bertiga walaupun time makan kimi tido jer pun. Dia pun tak faham lagi mama ngan abah dia sambut apa pun hehehe.. Untuk suamiku, Hepi Anniversari abah.. Mama harap rumah tangga kiter diberkati Allah selalu dan berbahagia sampai bila2 ye bah. Sama2 la kita besar kan kimi dan mama nak kimi jadi orang yang berjaya tapi jangan ingat di duniawi jer, di akhirat kena ingat jugak tau. Dan yang penting kimi jangan lupa mama dan abah bila kimi da besar nanti tau. ( ada ke lagi blog ni bila kimi besar nanti ek?? huhuhu.. ). Terima kasih kerana abah jaga mama time mama sakit bersalin hari tu. Mama takkan lupa sampai bila dan mama tak lupa pengorbanan abah selama ni. Mama sayang abah. Mama minta maaf selama jadi isteri abah mama ada buat silap dan sakit kan hati abah ek ( Macam raya la plak... )

No comments:

Post a Comment